CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3621|Reply: 2

Motosikal Hilang Di Selayang Sejak 12 Tahun Lalu, Dijumpai Di Kuching

[Copy link]
Post time 11-9-2023 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Kuching: Sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Selayang, Selangor, sejak 12 tahun lalu ditemukan di Kuching, awal bulan ini.


Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk menjalankan siasatan lanjut bagaimana motosikal Honda EX-5 itu berada di Sarawak.


AHSMON menunjukkan motosikal yang dilaporkan di Selayang pada 2011 yang ditemukan di Kuching. FOTO Nadim Bokhari



Beliau berkata, siasatan itu termasuk meneliti kemungkinan nombor pendaftaran dan casis motosikal yang dilaporkan hilang pada 2011 itu diklon.


"Kita akan menyiasat pelbagai sudut, bagaimana motosikal yang dilaporkan hilang di Selayang itu boleh berada di sini," katanya pada sidang media di IPD Kuching, hari ini.


Ahsmon berkata, motosikal itu antara 20 kenderaan termasuk enam kereta yang ditemui dalam operasi yang dilancarkan IPD Kuching sejak 4 Ogos lalu.


Menurutnya, seramai 21 lelaki berusia antara 17 hingga 57 tahun ditahan sepanjang operasi berkenaan.


"Berbanding kes sebelum ini, kecurian kenderaan yang dikesan dalam operasi ini tidak membabitkan sindiket tetapi ia dilakukan penjenayah secara bersendirian.


"Hasil saringan air kencing juga mendapati semua yang ditahan itu positif dadah," katanya.


Beliau berkata, berdasarkan soal siasat, modus operandi penjenayah itu memilih melakukan kegiatan pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.


"Kereta yang menjadi sasaran pula adalah kereta lama yang tidak mempunyai sistem keselamatan atau yang tidak berfungsi.


"Motosikal pula mereka sasarkan yang tidak dipasang kunci tambahan dan diletakkan di kawasan yang tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.


Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai bagi membanteras kecurian kenderaan berikutan secara purata satu kenderaan dilaporkan hilang setiap hari sepanjang tempoh lapan bulan, tahun ini.


"Dalam tempoh itu juga, seramai 72 penjenayah ditahan dengan 49 kertas siasatan berhubung kes curi kenderaan dibuka dan 57 penjenayah dituduh di mahkamah," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
naik kapal terbang ke kapal laut
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:59 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.157486 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list