CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7591|Reply: 17

“Tips nak cantik, makanlah burung merpati..”- Ciapan wanita ini curi perhatian ramai

  [Copy link]
Post time 11-9-2023 09:07 PM | Show all posts |Read mode
“Tips nak cantik, makanlah burung merpati..”- Ciapan wanita ini curi perhatian ramai


Setiap wanita kebanyakkannya pasti mendambakan memiliki kecantikan kulit yang semulajadi dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecantikan mereka agar lebih berkeyakinan.

Ada yang juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit dan buat apa-apa sahaja bagi memastikan diri mereka kekal cantik dan bergaya.

Tips nak cantik, makanlah burung merpati
Terbaharu, tular sebuah ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna platform X dikenali Dee Lana yang ‘berseloroh’ mengenai tips kecantikannya sehingga menjadi bualan ramai warganet.

Mana tidaknya, wanita itu menyatakan antara salah satu tips untuk menjadi cantik adalah dengan memakan burung merpati yang dimasak goreng kunyit selain menggambarkan betapa nikmatnya jika juadah tersebut dihidangkan ketika cuaca sejuk (hujan).


Tak elok makan burung merpati
Bagaimanapun, hantaran itu menerima banyak respon negatif di mana mereka berpendapatan haiwan tersebut tidak sesuai untuk dimakan kerana ia diumpamakan seperti seekor tikus bersayap.





Tak salah pun makan burung merpati peliharaan ayah

Wanita berkenaan tampil menjelaskan burung tersebut bukanlah sejenis haiwan liar yang mereka sangkakan kerana ia adalah peliharaan bapanya.

Malah, ia juga menjadi santapan buat mereka seisi keluarga sejak dari kecil lagi.



Pelihara dari telur menetas lagi
Malah, burung tersebut dipelihara sejak ia menetas dari telur lagi dan dirinya pasti geli jika memakan burung merpati dari sebarangan tempat.



Caption tu saja …
Dalam pada itu, wanita terbabit menjelaskan kapsyen yang ditulis itu hanyalah sekadar seloroh sahaja dan tidak perlu diambil serius.

Kena bezakan merpati liar dan pelihara



Sumber: X UnnaDelana
https://ohmymedia.cc/tips-nak-ca ... uri-perhatian-ramai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang kelantan selalu makan merpati putih kalau mengandung
Sbb nak bagi anak pandai katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
So aku rasa dia makan merpati putih kot bukan merpati yg kaler kelabu hitam selalu terbang meliar tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:45 AM | Show all posts
Cantik beno ke fefeeling ja lebeh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:49 AM | Show all posts
Dah check, tak lawa mana pon ko dik. I would say mekap ko tebal kuat filter gak) dan muka ko nampak tuwe dr usia. So takyah debat pasal makan merpati, sbb tak efektif pun nampaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahahahaa.

tips nak cantik no2:
makeup.

hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 04:48 PM | Show all posts
itu la merpati tu monogamius...kasian pula kt pasangn

pernah la nampak seekor burung merpati sedang mengeram telur, wa buka tingkap mcm mudah je tangkap


tp tiba2 wa kasian, ala wa bukan darurah pn, ayam boleh di beli dgn harga lebihkurang rm20 seekor, siap buang bulu, siang buang perut dan kulit...

wa letak balik..


nak kata kotor pn boleh juga, sebab masa tangkap ada serangga parasit apa ntah sebesar sebutir beras kt celah2 bulu burung tu..

wa pn dah lama tak sembelih binatang, so wa decide, lepas kan la, lg pn burung tu sedang mengeram telur, tak sampai hati pula...dn wa pn bukan dlm keadaan darurat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Merpati x pernah makann. Puyuh pernahh. Dap nyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
haprak4042 replied at 30-9-2023 11:31 PM
hahahahahaa.

tips nak cantik no2:

Tp paling utama lebihkan berwudhuuuu’ huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 06:55 PM | Show all posts
cantik tu 20%. Yang lain filter.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:16 PM | Show all posts
nebbit replied at 17-10-2023 04:58 AM
Merpati x pernah makann. Puyuh pernahh. Dap nyaa

samalah aku tak pernah makan merpatikalau telur puyuh dan daging puyuh tu pernah




Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 23-10-2023 07:16 PM
samalah aku tak pernah makan merpatikalau telur puyuh dan daging puyuh tu pernah

Sedap kan puyuh. Telurj dia sedap makan steamboat
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:41 PM | Show all posts
nebbit replied at 23-10-2023 11:30 AM
Sedap kan puyuh. Telurj dia sedap makan steamboat

aku tak berapa suka

Memetik carian di laman The Guardian, daging merpati (wood pigeon) merupakan sumber protein dan dapat membantu tubuh badan memperbaiki serta menghasilkan sel baharu.

Selain itu, ia juga kaya dengan mineral khususnya zat besi, yang penting untuk pengeluaran tenaga dan sistem imun yang teguh.

Sementara itu laman Healthy Food Near Me merumuskan daging merpati kaya dengan protein semulajadi yang bermanfaat seperti asid amino, vitamin dan mineral.

Ia turut mengandungi jumlah kalsium, magnesium, zat besi, zink, vitamin A, C, PP dan kumpulan B yang mencukupi sekali gus sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Laman Petua Tradisional.com pula menyebut amalan memakan merpati jantan dapat membantu penyakit kebas tubuh badan dan lumpuh, malah khasiatnya sangat sesuai untuk wanita.

Dikatakan pada zaman Rom kuno, mereka memburu burung merpati dan menghidangkannya untuk tetamu bangsawan.


https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2023/09/16/ramai-tak-percaya-makan-burung-merpati-boleh-jadi-cantik-ini-khasiat-yang-anda-tak-tahu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu i jenis tak banyak songeh pasal makanan jadi nya abah i selalu gorengkan i burung merpati, i je taktau. Sampailah kantoi i tegur kenapa burung-burung dekat depan rumah tu sama saiz dengan ayam goreng yang i selalu makan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:51 AM | Show all posts
pernah makan sekali, gi main rumah kawan opah dia hidang merpati. tapi merpati bela la bukan yang terbang diudara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:00 AM | Show all posts
eh ada pulak kat sini..

netizen memang rajin merepek dan kondem...

orang dah makan merpati ni dah berzaman...klau merpati liar tu memang la kita tak tahu dia makan apa, ada penyakit ke apa..kalau dh bela sendiri ok je..

aku pernah makan sekali, macam burung puyuh juga.


rat with wings? haha, come on.... udang korang makan juga kan, udang are considered cockroaches of the sea.

tapi orang bantai juga makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lps baca komen ckp xelok mkn merpati terus rsa bsalah sbb pernah makan sekali dua. baca komen forumer sebut puyuh baru teringat yg i mkn tu puyuh bkn merpati. adoii la. tp rsa sama je la kot agknya merpati tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 04:17 PM | Show all posts
ada isi ke merpati tu koranggg?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.318373 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list