View: 2166|Reply: 13
|
Anjing Saiz XL Menggila Serang Dan Gigit Budak 11 Tahun, Cederakan Orang Awam
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dan dua lelaki cedera diserang oleh seekor anjing gila di sekitar kawasan beli-belah.
Budak perempuan itu dipercayai digigit sewaktu anjing tersebut sedang dibawa bersiar-siar oleh pemiliknya.
Rakaman video ngeri itu turut menunjukkan kejadian dua orang lelaki muda yang digigit haiwan berkenaan di Bordesley Green, Birmingham, England pada petang Sabtu.
Lelaki tersebut dilihat berjaya melarikan diri daripada cengkaman anjing itu dan berlari sambil menjerit ke dalam pasar raya berhampiran untuk menyelamatkan dirinya.
Pemilik haiwan berkenaan juga difahamkan sedang berusaha keras untuk mengawal anjing yang sedang mengganas itu.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, anjing itu dilihat mengejar seorang lagi lelaki lain yang berada di seberang jalan iaitu di halaman depan stesen minyak bersebelahan sebelum mengheretnya ke tanah.
Mereka turut sama membantu memukul anjing itu dengan penyodok besar, namun tetap gagal menghentikannya sebelum ia bertindak menyerang lelaki ketiga.
Video tersebut dirakam dari bahagian atas sebuah bas dan berakhir apabila anjing itu mengheret lelaki terbabit di belakang Range Rover yang diparkir di situ.
Rakaman tersebut dikongsikan di laman TikTok sebelum ia menjadi tular.
Sementara itu, kebanyakan warga maya mula membuat spekulasi bahawa anjing itu adalah jenis pembuli (bulldog) XL.
Menerusi satu lagi video yang turut dikongsikan di laman sosial, kelihatan pihak polis dan ambulans sudah pun berada di lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Dalam pada itu, Polis West Midlands mengesahkan tiga orang cedera dalam serangan tersebut.
Jurucakap polis berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan selepas tiga individu didapati digigit anjing itu di Birmingham.
“Dua lelaki masuk campur untuk membantu tetapi digigit dan ditinggalkan dengan kecederaan di bahu dan lengan. Semua yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Anjing itu pada mulanya dibawa ke doktor haiwan tempatan untuk diperiksa sebelum dibawa ke lokasi selamat sementara siasatan dijalankan. Polis sudah pun berbincang dengan pemilik anjing berkenaan," katanya.-CARI
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Spammer ni semoga mati dgn cara yang hina dan diganjari dengan azab yang pedih.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga spammer digigit anjing luka berdarah mati terseksa |
|
|
|
|
|
|
|
kan tak memasal dpt doa buruk2
ke atheis
|
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya ni. Yg dah berumur pun takut |
|
|
|
|
|
|
|
erm anjing ni pendendam
kalau sejarah hidup dia kene baling batu dan kene pukul
mmg dia akan jadi ganas
tapi kalau sejarah hidup dia elok2 je
dia akan jadi sangat baik, ikut kata dan xkn kejar orang
janji kita ajar dia
tau sbb pernah bela dan info dari kwn2 india |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 13-9-2024 04:42 PM
erm anjing ni pendendam
kalau sejarah hidup dia kene baling batu dan kene pukul
mmg dia akan jadi ga ...
Kalau yg kena kurung 24 jam berantai..biasanya garang namampos..seram oke |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 13-9-2024 04:58 PM
Kalau yg kena kurung 24 jam berantai..biasanya garang namampos..seram oke
ada baka yg x leh masuk malaysia... tapi diorg declare anjing tempatan... |
|
|
|
|
|
|
|
sila bagi hukuman maximum dgn saman kaw². cam syall puak² ni |
|
|
|
|
|
|
|
Huih ganas tu
Boleh cedera parah |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi...isu semasa kat Malaysia dah kurang ke sampai kena masukkan isu semasa dari luar negara? |
|
|
|
|
|
|
| |
|