CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2936|Reply: 14

[Politik] Dewan Rakyat: Syed Saddiq hero rakyat Malaysia – Shahidan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai hero rakyat Malaysia.

Ia berikutan langkah Ahli Parlimen Muar itu membawa partinya keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) kerana membantah pengguguran kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya nak mengucapkan tahniah kepada Muar (Syed Saddiq) hero rakyat Malaysia. Hero rakyat Malaysia sekarang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kelmarin, Syed Saddiq mengumumkan Muda keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Beliau dipetik berkata, tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah melibatkan Ahmad Zahid menyukarkan Muda untuk terus kekal berada dalam kerajaan.

Terdahulu, Shahidan meminta Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju terhadap 47 kes tersebut sama ada mahu menarik balik terus kes itu atau mahu mendakwa semula.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2023/09/12/dewan-rakyat-syed-saddiq-hero-rakyat-malaysia-shahidan/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 12:06 PM | Show all posts
yih...

baru la nmpak ketokohan kt budak nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:21 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 12-9-2023 01:23 PM

wak jahit bebas:

2022=kena hormat keputusan mahkamah

2023=kjaan tak berprinsip


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:40 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 12-9-2023 07:49 PM
tripleid replied at 12-9-2023 01:21 PM
wak jahit bebas:

2022=kena hormat keputusan mahkamah



tahun depan subsidi di tarik . kasihan rakyat di janjikan minyak harga turun last2 subsidi bersasar m40 b40.. good luck
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-9-2023 01:40 PM
tahun depan subsidi di tarik. kasihan rakyat di janjikan minyak harga turun last2 subsidi tarik
...

Jgn fitnah ye..yg betulnya subsidi bersasar,bukannya subsidi ditarik.


12:10
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 07:47 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 12-9-2023 07:57 PM
tripleid replied at 12-9-2023 07:35 PM
Jgn fitnah ye..yg betulnya subsidi bersasar,bukannya subsidi ditarik.

dah tu yang tak dapat subsidi tu di panggil apa?  dah memang bersasar pun, b40,m40 je yang dapat. impak subsidi di tarik akan terkena kesan pada logistik, kurier harga transportation mahal.

ni kali pertama subsidi petrol dan diesel bersasar dilaksanakan. fikir harga barang tak naik ke? kita tunggu dan lihat sebelum ni gst di mansuhkan tapi ternyata gagal turunkan kos sara hidup rakyat.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik bukan nusi ke?hahaa
Kalau dia ada jawatan dan kes dia pun digugurkan agak2 dia nak bersuara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
TQ SS kerana still berprinsip berbanding org tua.
Ss sanggup pilih jalan sukar padahal heols blh je nk jilat jubo paknon  mcm wak jahit tu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 11:14 PM | Show all posts
Syed Saddiq elok fokus kes pecah amanahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok SS buat parti baru..parti TUA sbb makin menua dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
PN bebaskan wak jahit kes envelop
PH bebaskan kes akalbudi

So tang mana wak jahit tu jahat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 02:47 PM | Show all posts
tripleid replied at 12-9-2023 07:35 PM
Jgn fitnah ye..yg betulnya subsidi bersasar,bukannya subsidi ditarik.

adakah subsidi bersasar sama macam dulu? iaitu unlimited isi minyak ron 95 rm 2.05

kalau tidak bermaksud ada penarikan sebahagian subsidi lah. sebab sekarang subsidi unlimited untuk rakyat malaysia isi ron 95. benda basic pun kau gagal faham.

subsidi bersasar tak sama cm sekarang. mungkin ada dalam bentuk duit atau ada certain litre ron 95 di subsidi sahaja. kalau sekarang ron 95 boleh isi satu tank penuh kereta tanpa was2. akan datang mungkin macam tarif elektrik ada limit amount.



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul ada prinsip letaklah jawatan MP Muar sbb bertanding pun atas ihsan PH. Tapi of course dia tak berani nak lepas kan. Budak ni mmg takde telor ...duit parti dia songlap pun dia kata duit mak bapak... sanggup ek biar makbapak kena soal sprm berhari2. Last2 kantoi dua2.
Dah setahun baru nak keluar PH pun sebab Anwar tak bagi dia jawatan. Anwar tak pandang pun...komen pun tak....hero amendenye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm tiktok lain ceritanya
Konon ss keluar sbb dpt tau phdap nak buat persempadanan semula
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2023 06:58 PM | Show all posts
Shahidan memang suka kat budak budak ker ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070790 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list