CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 0

[SEJARAH] Kesilapan Vasco da Gama, kuil masyarakat Hindu disangka Gereja

[Copy link]
Post time 13-9-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Kesilapan Vasco da Gama, kuil masyarakat Hindu disangka Gereja


Bila kita belajar sejarah Melaka ditawan oleh Portugis, kita tentu belajar nama-nama seperti Alfonso de Albuquerque dan Vasco da Gama. Alfonso de Albuquerque merupakan panglima Portugal yang menawan Melaka. Vasco da Gama pula merupakan wakil raja Portugal di India dan orang Eropah pertama yang sampai ke sana menggunakan laluan laut pada tahun 1498. Ini membolehkan Portugal menguasai perdagangan rempah dan seterusnya memulakan zaman penaklukan Eropah.


Vasco da Gama menyangkakan kuil-kuil Hindu di Kalikut, Kerala adalah Gereja Kristian
Seorang sarjana India, S. Subrahmanyan yang mengkaji kehidupan da Gama dengan mendalam mendapati pelayarannya sebenarnya berpunca dari beberapa salah faham. Di Portugal, ada golongan bangsawan yang dah berpuas hati dengan kejayaan Reconquista (penaklukan Sepanyol dan Portugal dari orang Islam). Tapi pihak yang lain, terutamanya Order of Christ and Santiago mahu memerangi orang Islam hingga ke Maghribi dan lebih jauh lagi.



Malah ada yang mencadangkan untuk mencari satu kerajaan yang diceritakan dalam kisah-kisah dongeng di Eropah, iaitu Kerajaan Prester John. Tiga ratus tahun sebelum pelayaran da Gama, sebuah surat misteri kononnya dari Prester John sendiri tiba di Rom. Beliau berbangga mendapat kesetiaan pelbagai jenis manusia ajaib termasuk orang bertanduk, bermata satu, bermata di belakang dan depan, manusia separuh kuda, gergasi, orang kerdil, saiklop dan lain-lain lagi.

Selepas tidak mengambil keputusan selama 12 tahun, Paus Alexander III akhirnya menghantar surat balas, tetapi penghantar dan suratnya tak lagi kelihatan. Akhirnya golongan yang mahu terus memerangi orang Islam meyakinkan Raja Portugal untuk menghantar da Gama mengelilingi Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan. Namun, diorang juga tak berapa yakin dengan kejayaan pelayaran tu kerana meletakkan bekas banduan dan penjenayah sebagai kelasi pelayaran itu. Mereka banyak merujuk ilmu pelayaran yang dipelopori umat Islam seperti Ahmad ibnu Majid untuk sampai ke India.

Via Giphy
Selepas melepasi Tanjung itu, da Gama berhenti di pelabuhan-pelabuhan Muslim di sepanjang Afrika Timur dalam misi mencari Kerajaan Prester John dan orang Kristian. Tetapi misinya gagal, sebaliknya da Gama mendapati Lautan Hindi didominasi orang Arab, Parsi, Gujarat, Kerala, Melayu dan Cina.

Da Gama kecewa dan bimbang dengan penemuannya dan meneruskan pengembaraanya hingga ke India. Antara kisah lucu di sana ialah da Gama menyangkakan kuil-kuil Hindu di Kalikut, Kerala yang dilawatinya sebagai Gereja Kristian di Kerajaan Prester John.

Ini menimbulkan rasa pelik dalam kalangan pemimpin Hindu di sana, tambahan pula da Gama mendakwa dirinya mewakili kerajaan terhebat di Eropah tetapi hadiahnya walaupun dikatakan hebat tetapi tidak bernilai. Hadiah da Gama terdiri dari dua belas keeping kain berbelang, empat hud merah gelap, enam topi, empat rantai batu karang, peti enam bekas cuci tangan, bekas gula, dua bekas minyak dan dua bekas madu.

Diorang datang dengan rasa bangga, alih-alih kena gelak macam tu je
Orang tempatan di Istana Zamorin, pemerintah Kalikut mengejek rombongan da Gama dan tergelak-gelak. Mereka mengatakan pedagang Arab yang paling miskin pun tahu hanya emas layak dihadiahkan di istana.


Datang tempat orang untuk kena bahan. Via HISTORY


Namun Zamorin membenarkan mereka berdagang di Kalikut seperti pedagang-pedagang lain. Yang mengecewakan rombongan da Gama, bukan saja mereka terpaksa berdagang di celah-celah pedagang Arab, tetapi barangan dari Eropah tak diingini oleh pedagang-pedagang di sana. Pada waktu itu dianggarkan China ekonomi terbesar di dunia, diikuti oleh India. Di Eropah, ekonomi terbesar adalah Perancis, kurang satu perlima dari ekonomi China atau India, diikuti Itali dan Jerman.

Kalikut sendiri merupakan pelabuhan di mana barangan dari Timur termasuk Cina mendarat sebelum dibawa pedagang Arab ke Timur Tengah dan Eropah. Pelayar-pelayar Melayu juga sering ke sana. Malah ada komuniti Chinna Kribala yang dikatakan kacukan Cina, Melayu dan Malayalam. Kesannya da Gama gagal menandatangani apa-apa perjanjian di India sebagaimana dirancang.

Selepas kepulangan da Gama, Raja Portugal mengumumkan kepada Raja-Raja Eropah bahawa laluan ke India akhirnya dibuka dan wakilnya telah mendapati banyak kerajaan Kristian di sana, termasuk Kalikut yang dikatakan lebih besar dari Lisbon dan mempunyai orang Kristian yang ramai. Hanya beberapa tahun selepas itu orang Portugis menyedari bahawa golongan yang mereka sangkakan Kristian sebenarnya orang Hindu yang berdagang dengan orang Islam termasuk masyarakat Arab dan Melayu.

Sumber:
https://orangkata.my/sejarah/kes ... du-disangka-gereja/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.519711 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list