View: 2511|Reply: 14
|
Suami Terkejut Isteri Kedua Kahwin Lelaki Lain, "Tak Pernah Cerai, Hilang 4 Bulan Tiba-Tiba Saya Dimadukan"
[Copy link]
|
|
TANAH MERAH – Nak luruh jantung seorang peniaga selepas mengetahui isteri keduanya berkahwin dengan lelaki lain atau ‘memadukan’ dirinya pada April lalu selepas melarikan diri tanpa khabar berita selama hampir empat bulan.
Kata lelaki yang berumur 47 itu, dia mendapat tahu isterinya yang berusia 32 tahun, berkahwin dengan lelaki lain di Mahkamah Syariah Besut, Terengganu, selepas melihat gambar wanita tersebut bernikah menerusi media sosial.
Dia amat terkejut kerana tidak pernah menceraikan isterinya itu sejak mereka berkahwin di Narathiwat, Thailand pada Januari 2019.
Foto: Kosmo
“Isteri kedua saya pada awalnya tiba-tiba menghilangkan diri dari rumah pada Januari lalu. Luruh jantung saya apabila mengetahui dia berkahwin dengan lelaki lain menerusi media sosial pada April lalu.
“Meskipun berkahwin di Thailand, perkahwinan kami disahkan cukup syarat mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah pada 6 Jun lalu dan sudah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah untuk sijil nikah.
“Saya juga tidak pernah menceraikan dia sepanjang dia menghilangkan diri. Sebelum ini, dia pernah mendirikan perkahwinan dan bercerai dengan suami pertamanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, di sini hari ini.
setelah membuat semakan dia mendapati isterinya itu telah membuat permohonan untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia 42 tahun di Mahkamah Syariah Besut pada April lalu.
Katanya, permohonan itu dipercayai dibuat menggunakan surat cerai dengan suami pertamanya.
“Saya telah melakukan semakan berkaitan permohonan perkahwinan isteri saya itu di beberapa tempat. Akhirnya, saya dapati permohonan tersebut dibuat di Mahkamah Syariah Besut.
“Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan tarikh sebenar mereka berkahwin,” katanya.
Katanya, selepas mengetahui dirinya telah ‘dimadukan’ isteri keduanya, dia telah bertindak memfailkan tuntutan faraq nikah iaitu pembubaran perkahwinan isterinya dengan lelaki tersebut.
Menurutnya, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada Ogos lalu membuat keputusan memerintahkan isterinya selaku defendan pertama dan suami keduanya yang juga defendan kedua difaraqkan sementara.
“Mereka tidak dibenarkan tinggal bersama sebagai suami dan isteri sehingga kes kami selesai dibicarakan,” katanya.
Terdahulu, lelaki berkenaan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah di sini, hari ini untuk prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan isterinya.
Hakim Ahmad Hariri Mohd. Saat kemudiannya memberikan tempoh 14 hari kepada lelaki itu untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isterinya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan menegaskan, dia tidak pernah membuat lafaz cerai terhadap isterinya dan sehingga kini mereka masih sah sebagai pasangan suami isteri. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih mudah cari bini baru,dari cari bini lari ikut jate lain.
Pok ya cong codei. |
|
|
|
|
|
|
|
bertemu dengan lawan yg sesuai.. sama-sama licik.. merasalah dimadukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Isteri kedua saya pada awalnya tiba-tiba menghilangkan diri dari rumah pada Januari lalu. Luruh jantung saya apabila mengetahui dia berkahwin dengan lelaki lain menerusi media sosial pada April lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang Aneh aneh aja negeri Serambi Mekah..ku fikir di Sulawesi Selatan tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
so, pakcik rasa la perasaan bini pertama pakcik time pakcik madukan dia...hahahahahahahahahahaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
suami kena saman dan tuntut ganti rugi dari isteri keduanya |
|
|
|
|
|
|
|
berdosa isteri keduanya buat camtu...sebab lelaki muslim boleh berpoligami...perasaan isteri pertama is irrelevant
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak rasa faraj lain tak payahlah menikah lagi. Ko tunggang je China doll. Ikut lah suri tauladan pemimpin agung kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai talak tiga bini mana? Senang je orang nikah cerai ye. Ada orang bau nikah pun tak pernah |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 14-9-2024 08:41 AM
Cerai talak tiga bini mana? Senang je orang nikah cerai ye. Ada orang bau nikah pun tak pernah
Second wife. Second wife bagitau court suami pernah lafaz cerai talak 3 unofficial (hence sheols berani kahwin lain?), suami denied. End article, suami kena buat sumpah laknat untuk officially denied tuduhan pernah lafaz cerai talak 3 tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|