CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2899|Reply: 0

[Selangor] 30 syarikat sertai Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Rohaizi Bahari, melawat kedai jualan Zarina Zainudin selepas Majlis Pra-Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 di Sri Pentas, Bandar Utama. FOTO FATHIL ASRI.

Petaling Jaya: Sambutan kempen beli barangan buatan Malaysia meraih sambutan menggalakkan apabila kira-kira 30 syarikat lagi berminat menyertainya.

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Rohaizi Bahari berkata, setakat ini pihaknya menjalin kerjasama strategik bersama 16 syarikat peruncitan tempatan terkemuka negara serta tiga platform dalam talian bagi memastikan produk tenpatan terus diperkasa.

"Untuk keseluruhan kempen ini kita dapat peruntukan RM10 juta dengan RM3 juta sumbangan disalurkan kepada 16 syarikat terbabit bagi menjalankan menjayakan kempen ini dengan meletakkan segmen khusus barangan buatan Malaysia di premis mereka.

"Setakat ini, kita juga menerima antara 20 ke 30 permohonan syarikat lain yang berminat menyertai kempen ini, malah lebih 245,000 jenis produk direkodkan dalam kempen ini.

"Justeru, kita harapkan peruntukan tahun depan lagi besar nilainya berbanding tahun ini bagi membolehkan kita memperluaskan promosi dan menarik penyertaan lebih ramai usahawan dan syarikat," katanya selepas merasmikan Pra-Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2023 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mempergiatkan lagi kempen berkenaan bagi memastikan pelanggan menikmati barangan berkualiti pada harga berpatutan selain membuka ruang kepada usahawan tempatan memperluaskan produk mereka ke pasaran luar negara.

"Kempen ini bukan hanya sekadar memupuk semangat patriotisme rakyat cintakan barangan buatan Malaysia tetapi lebih utama kita mahu pengusaha keluarkan produk berpatutan setanding kualitinya.

"Ini kerana kita tak mahu tengok barangan buatan Malaysia hanya berada di pasaran domestik saja tetapi keutamaan kita produk tempatan itu dapat dieksport ke pasaran luar negara.

"Menerusi inisiatif ini, kita harap dapat menjadi pemangkin merancakkan kembali pembelian barangan buatan Malaysia di samping mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya dalam merangsang dan memulihkan kembali ekonomi negara," katanya.

Selepas Kuantan, Pahang, Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia akan bergerak ke Zon Sabah di Kota Kinabalu pada 15 hingga 17 September diikuti Zon Utara pada 21 hingga 23 September.

Seterusnya, jelajah itu akan ke Zon Selatan di Johor Bahru, Johor pada 5 hingga 7 Oktober diikuti Zon Sarawak di Miri pada 20 hingga 22 Oktober sebelum penutup dijadual berlangsung di Putrajaya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gan-buatan-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.062438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list