CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Operasi trafik besar-besaran fasa dua di KL bermula Jumaat ini

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan operasi Hormat Undang-undang Fasa dua dengan lebih tegas membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula 15 sehingga 29 September.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan semula berikutan impak positif dalam kalangan pengguna terhadap kepatuhan peraturan jalan raya.

“Kita akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

“Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini, hari ini.


Allaudeen pada sidang akhbar di Jalan Tun Tan Cheng Lock, hari ini.

Allaudeen berkata, pelaksanaan operasi turut dijalankan pada waktu puncak membabitkan 1,000 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan rendah.

“Operasi itu melibatkan tiga agensi antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Menurut Allaudeen, dalam operasi fasa satu bermula 1 Julai hingga 31 Julai lalu, pihaknya mengutip sebanyak 157,000 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... a-15-september-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.078480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list