CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 0

[Melaka] Melaka tambah bekalan 500 tan beras tempatan

[Copy link]
Post time 13-9-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

AKMAL (kanan) ketika mengetuai operasi Ops Jamin di sebuah pasar raya di Jasin, Melaka, semalam.

MELAKA – Kerajaan negeri menambah bekalan beras tempatan sebanyak 500 tan untuk diedarkan ke semua kedai runcit di seluruh Melaka, bermula akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan bekalan beras mencukupi di setiap daerah di Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) dan syarikat pemborong beras negeri.

“Bermula Sabtu ini, sebanyak 500 tan beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka sehingga akhir bulan ini.

“Insya-Allah, bekalan itu akan cukup untuk keperluan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Akmal berkata, rakyat yang mempunyai isu dalam mendapatkan bekalan beras tempatan diminta untuk tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... tan-beras-tempatan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.347246 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list