CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1445|Reply: 0

[Selangor] Saya sendiri serahkan kunci dan motosikal untuk disita - Penunggang p-hailing

[Copy link]
Post time 14-9-2023 10:08 AM | Show all posts |Read mode

PEMPENGARUH, Aisar Khaledd (berbaju putih) membawa Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar membeli motosikal baru. FOTO tular

Sepang: "Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran," kata penunggang p-hailing, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar.

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.

Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati warganet dengan segelintirnya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Shahrul Shah dari Sungai Pelek, di sini berkata, motosikal ditunggangnya ditahan kemudian disita dalam satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari.

"Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.

"Jadi, saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas motosikalnya disita, Muhammad Shahrul Shah terus berjalan kerana sudah meminta bantuan seorang rakan mengambilnya di satu tempat.

"Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.

"Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

"Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular," katanya.

Muhammad Shahrul Shah berkata, dia tidak sangka kisahnya itu akan tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Lebih membuatkan bapa dua anak itu terharu apabila pempengaruh, Aisar Khaledd sudi membelikan motosikal baru buatnya sebagai ganti.

"Memang terkejut apabila bangun tidur dapat banyak mesej beritahu kisah saya sudah tular.

"Dalam jam 9 atau 10 pagi tadi, saya dapat panggilan pula daripada wakil Aisar Khaledd menyatakan berhasrat menyumbang motosikal.

"Syukur Alhamdulillah, saya anggap pemberian itu sebagai rezeki dan terima seadanya walaupun ikutkan, saya boleh pinjam kenderaan ahli keluarga buat sementara waktu.

"Tak sangka sampai jadi begini dan terima kasih kepada semua netizen serta rakyat Malaysia yang mendoakan," katanya.

Menurut Muhammad Shahrul Shah, ujian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki sebagai penunggang p-hailing.

"Sebenarnya, saya ada kerja hakiki cuma cari rezeki sebagai penunggang p-hailing sejak lebih setahun lalu untuk menambah pendapatan.

"Apa yang berlaku tidak melemahkan semangat saya hingga terfikir nak berhenti kerana buat masa ini, kerja hantar makanan adalah sumber mata pencarian saya bagi menambah pendapatan," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Katanya, sitaan dijalankan ketika Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai yang bertujuan mengesan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

Sepanjang penguatkuasaan itu, pelbagai kesalahan dikesan dan diambil tindakan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enunggang-p-hailing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.387953 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list