KOTA BHARU – Berebut kekasih menjadi punca dua remaja lelaki bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini, minggu lalu sehingga video pergaduhan tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, remaja berusia 14 dan 15 tahun bersama lima saksi kejadian juga sudah dipanggil untuk memberi keterangan semalam.
Siasatan awal mendapati, dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Ketereh itu bergaduh disebabkan berebut kekasih.
Foto: Kosmo
“Kita percaya pergaduhan itu disebabkan cinta dalam kalangan pelajar sekolah sehingga menyebabkan mereka cemburu.
“Sebelum insiden itu, mereka sudah berjanji akan bertemu di satu tempat untuk berentap bagi menunjukkan kekuatan masing-masing. Rakan-rakan yang tahu akan pertemuan itu turut hadir untuk menonton mereka bertumbuk,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Muhamad Zaki memberitahu, pihaknya sentiasa memantau kegiatan tidak bermoral dan elemen yang tidak baik dalam kalangan masyarakat terutama remaja yang masih bersekolah.
Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, dua remaja lelaki bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor minggu lalu sehingga video pergaduhan mereka tular di media sosial akan dipanggil polis untuk siasatan lanjut.
Polis menerima laporan pada pukul 11.18 pagi kelmarin berhubung video yang memaparkan dua remaja lelaki bertumbuk dengan disaksikan sekumpulan remaja lelaki lain. Kejadian berlaku pada pukul 3 petang, 7 September lalu. – CARI
Post time 14-9-2023 04:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Teringat aku dulu2 senior Form 5 bergaduh sbb awek la jgk. Ada sorg budak ni pegi bgtau kedua2 bapak diorg. Bapak masing-masing pun dtg la. Mula2 diorg lempang ank sendiri dulu. Lepas tu tukar pulak. Engko lempang anak aku, aku lempang anak nko