CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengurus rugi RM199,996 ditipu panggilan scam

[Copy link]
Post time 14-9-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang pengurus lelaki berusia 70 tahun kerugian RM199,996 selepas terpedaya dengan panggilan scammer berkaitan penggunaan kad kredit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa menerima pesanan menyatakan pengadu mempunyai penggunaan kad kredit sebuah bank pada 7 September lalu.

Menurutnya, mangsa menghubungi nombor yang terdapat pada pesanan berkenaan dan dimaklumkan berkenaan penggunaan kad kredit terbabit.

"Mangsa bagaimanapun menafikan mempunyai kad kredit dari bank terbabit.

"Dia kemudian membuat laporan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Ramli berkata, ketika bercakap dengan pihak menyamar sebagai BNM menyatakan pihaknya akan menguruskan permasalahan mangsa dan dia dikehendaki mengikut apa yang mereka kehendaki.

"Mangsa menuruti semua arahan yang diberikan dan seterusnya mendapati wang dalam akaunnya berkurangan sebanyak RM199,996.

"Mangsa yang berasa ditipu tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras semalam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tipu-panggilan-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.201286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list