CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jangan salahkan JPJ - Aktivis

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

PENUNGGANG p-hailing yang berjalan sambil memikul beg makanannya selepas motosikal disita JPJ dalam satu operasi di Nilai. FOTO Ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Orang ramai diminta tidak menyalahkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguatkuasakan undang-undang jalan raya susulan tular insiden motosikal penunggang p-hailing disita demi keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Aktivis pengguna jalan raya, Datuk Mohammad Hisham Shafie berkata, Malaysia mempunyai undang-undang penguatkuasaan dan ia perlu dihormati semua pihak dengan tidak 'mengagungkan' orang yang melanggar kesalahan jalan raya.

Beliau yang juga mantan Presiden Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) berkata, walaupun tidak dinafikan tugas penghantar makanan itu terpuji dan mencari rezeki yang halal namun hal berkaitan pelanggaran undang-undang tidak boleh dihalalkan.

Menurutnya, pengguna jalan raya perlu sentiasa beringat cukai jalan dan insurans itu penting kerana apabila berlaku apa-apa kemalangan diri dan kenderaan termasuk individu lain dilindungi.

"Kita kena pandang dari sudut undang-undang kerana salah tetap salah di mana ramai orang masih tidak faham apabila kenderaan yang diperiksa tidak memiliki cukai jalan dan insurans memang mengikut prosedur perlu disita.

"Hal ini supaya apabila disaman namun motosikal tidak disita, selepas itu berlaku insiden kemalangan atau melanggar orang kesalahan itu akan berpatah balik kepada JPJ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohammad Hisham berkata, jika itu berlaku orang ramai akan menyalahkan JPJ semula mengapa tidak bertindak menyita kenderaan itu.

"Orang ramai hanya melihat dari satu sudut tetapi kesalahan menyalahi undang-undang itu jangan diagong-agongkan.

"Isunya nampak macam kecil, tak perbaharui cukai jalan dan insurans tetapi jika berlaku kemalangan dan ada kematian, orang lain tidak boleh membuat tuntutan insurans," katanya.

Beliau juga ingin menasihatkan jangan membudayakan sesetengah pihak yang tampil membeli motosikal baru kerana sepatutnya mendidik mereka untuk memperbaharui cukai jalan terbabit.

"Sepatutnya mereka membantu individu terbabit dengan ke JPJ dan memperbaharui cukai jalan, membayar saman dan membuat insurans baharu.

"Kita tidak tahu apa masalah dihadapi penghantar makanan terbabit sehingga dia tidak dapat memperbaharui insurans dan cukai jalan namun jika dibeli motosikal baharu tahun depan bagaimana pula dia akan menghidupkan cukai jalan itu," katanya.

Katanya, masyarakat perlu dididik menghormati undang-undang dan tidak menyalahkan JPJ yang hanya menguatkuasa undang-undang.

"Boleh bertolak ansur jika cukai jalan dan insurans itu baru tamat tetapi jika sudah berbulan-bulan JPJ terpaksa menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.

Malah beliau turut mengakui kesalahan itu dan anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan memaklumkan cukai jalan motosikal ditunggang Muhammad Shahrul Shah didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

Menurutnya, tindakan menyita motosikal dilakukan atas tujuan menjaga keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilindungi insurans.

Katanya, sitaan dijalankan ketika Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai yang bertujuan mengesan kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna jalan raya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alahkan-jpj-aktivis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.102379 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list