CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Melaka] JPJ sita 3,111 motosikal dalam Op Khas

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:33 AM | Show all posts |Read mode

Lokman (kanan) ketika hadir bagi memantau Operasi Khas Motosikal di Malim semalam. FOTO BERNAMA

Melaka: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan dan menyita sebanyak 3,111 motosikal di seluruh negara sepanjang Operasi Khas Motosikal bermula 1 September hingga semalam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, kesemua kenderaan disita itu diklasifikasikan tidak mematuhi piawaian keselamatan bagi kegunaan di atas jalan raya.

"Tindakan ini juga bagi melengkapkan prosedur siasatan pelbagai kes kesalahan semasa dan rekod lampau pengendali motosikal seperti tiada insurans, tiada lesen memandu, ubah suai piawai keselamatan dan sebagainya.

"JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi tujuan menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi bagi mengelakkan perkara tidak diingini iaitu menjurus kepada kecederaan parah atau kemalangan maut," katanya kepada pemberita di Malim di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Lokman berkata motosikal yang disita itu juga boleh dituntut pada bila-bila masa selepas dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan termasuk mempunyai perlindungan insurans sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata JPJ juga merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membendung penjualan alat ganti kenderaan khususnya membabitkan modifikasi motosikal yang menyalahi undang-undang.

Katanya, setiap motor atau kenderaan yang dipasarkan dan didaftarkan bagi kegunaan di atas jalan raya di negara ini wajib melalui prosedur pemeriksaan oleh Jawatankuasa Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) bagi mengesahkan spesifikasi yang memenuhi standard antarabangsa.

"JPJ hanya berkuasa bagi penguatkuasaan undang-undang di atas jalan raya, namun penjualan alat ganti yang tidak disahkan oleh JPJ sebagaimana diluluskan dalam VTA itu adalah di bawah tanggungjawab PBT jadi, lesen premis mereka mestilah mengikut peraturan ditetapkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sikal-dalam-op-khas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053953 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list