CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 691|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rugi RM3 juta ditipu urusan jual beli saham

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Pengarah eksekutif sebuah syarikat kerugian RM3 juta selepas ditipu dalam urusan jual beli saham syarikat awam dengan lelaki dikenalinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit pada 27 Jun lalu memasuki satu perjanjian pembelian saham bersyarat dengan seorang lelaki untuk mengambil alih 25 peratus pegangan ekuiti atau 1,250 saham biasa sebuah syarikat yang beralamat di Bandar Sri Damansara di sini, dengan nilai RM5.5 juta.

Menurutnya, susulan itu, mangsa membuat pembayaran deposit berjumlah RM3 juta secara dalam talian ke akaun bank milik peguam.

"Bagaimanapun pada 24 Julai lalu, syarikat mangsa menerima surat daripada satu lagi syarikat lain yang mendakwa suspek tidak mempunyai kuasa untuk menjual saham syarikat di Bandar Sri Damansara itu kerana syarikat terbabit sudah membeli saham itu daripada suspek pada 7 Februari lalu.

"Hasil semakan mangsa dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati kesemua saham syarikat itu sudah dipindah milik kepada syarikat lain pada 6 Julai lalu," katanya kepada Harian Metro.

Ramli berkata, mangsa berasa suspek memperdayakan dengan menjual saham syarikat yang sudah bukan miliknya lagi.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-jual-beli-saham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049008 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list