CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1055|Reply: 2

[Politik] 'DNAA juga ada dalam enakmen Syariah Terengganu, lulus ketika Hadi MB'

[Copy link]
Post time 14-9-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode
'DNAA juga ada dalam enakmen Syariah Terengganu, lulus ketika Hadi MB'
Diterbitkan:  Sep 14, 2023 8:00 AM



Pengerusi Biro Undang-undang Amanah Zulqarnain Lukman menyanggah kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang tiada keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam sistem kehakiman Islam.

Zulqarnain yang merupakan pengamal undang-undang berkata, DNAA adalah berkaitan dengan aspek prosedur yang kebanyakannya diputuskan berdasarkan ijtihad semasa.

Dia juga membangkitkan Enakmen Tatacara Syariah (Terengganu) 2001 yang turut mengandungi peruntukan berkaitan DNAA, iaitu dalam Seksyen 103.

"Seksyen ini hampir sama seperti Seksyen 254 Kanun Keseksaan yang digunakan oleh pendakwa sivil," katanya di Facebook, semalam.

Seksyen 103 itu menyatakan:

(1) Pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan, sebelum penghakiman diberikan, pendakwa boleh, jika difikirkannya patut, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu; dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran Mahkamah dan, jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu.

(2) Pelepasan sedemikian tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika mahkamah mengarahkan sedemikian.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam, Abdul Hadi memetik kisah bagaimana pemerintah Uthmaniyyah Sultan Muhammad Al-Fateh - yang juga dikenali sebagai Mehmed Penakluk - telah didapati bersalah kerana tersilap memotong tangan seorang arkitek bukan Islam.



Bagaimanapun, arkitek bukan Islam itu memilih pampasan seumur hidup dan bukannya meminta supaya tangan pemerintah dipotong juga sebagai hukuman balasan.

Menurut Hadi, kisah ini menunjukkan kuasa untuk mengampun, menuntut tindakan sama rata atau menerima pampasan adalah mengikut budi bicara pengadu.

“Dalam Islam tak ada dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). Mesti dikenakan hukuman,” kata Hadi, berkemungkinan besar mengulas kes Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang dilepas tanpa dibebaskan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zulqarnain membangkitkan Enakmen Tatacara Syariah (Terengganu) 2001 itu digubal ketika Abdul Hadi sendiri menjadi menteri besar di negeri itu.

Justeru, dia mempersoalkan keputusan Abdul Hadi untuk membenarkan enakmen itu diluluskan "di depan batang hidungnya sendiri" jika ia tiada dalam Islam.

"Proses penggubalan enakmen lazimnya sudah melalui proses jawatankuasa teknikal. Dalam konteks Terengganu, pastinya mufti dan ketua hakim syarie sendiri akan terlibat.

"Dalam hal ini, Abdul Hadi perlu menarik balik kenyataan bahawa DNAA tiada dalam Islam," kata ahli Jawatankuasa perundangan PH itu lagi.

Semalam, ahli Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali menyifatkan Abdul Hadi keliru dengan hukum-hakam Islam memandangkan DNAA adalah sebahagian daripada kaedah al-aslu bara'atu zimmah.

Kaedah itu menyamai konsep seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah dan secara literal diterjemahkan kepada seseorang pada mulanya bebas daripada tanggungjawab.

Khairuddin berkata ini bermakna seseorang pendakwa dibenarkan melepaskan tertuduh jika ada keperluan untuk siasatan lanjut.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2023 12:25 PM | Show all posts
Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA?
Diterbitkan:  Sep 14, 2023 10:55 AM



Presiden PAS Abdul Hadi Awang didakwa membuat kenyataan mengelirukan apabila mengatakan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) tiada dalam sistem kehakiman Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata Hadi mendiamkan diri mengenai perkara itu apabila mahkamah memberikan DNAA kepada bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada 2020.

"Mungkinkah ketika itu, kitab Ustaz Hadi dalam isu ini masih belum wujud?" kata Faiz

Pada 5 Nov 2020, Nasharudin diberi DNAA melibatkan 16 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM321,273.80 berkaitan gajinya sebagai pengerusi Yayasan Nassar.

Semalam, Hadi mengkritik kerajaan di Parlimen berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadi mendakwa bahawa "tiada DNAA dalam Islam".

Faiz berkata ini tidak benar kerana Seksyen 103(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 pun mempunyai unsur DNAA. Undang-undang itu digubal ketika Hadi menjadi menteri besar negeri itu.

Faiz yang juga seorang peguam, menjelaskan DNAA membolehkan pendakwa raya menarik balik pertuduhan apabila dipertimbangkan antara lain ketidakcukupan bukti atau perlu siasatan lanjut.

"Bukankah dalam Islam, membebaskan 10 orang bersalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah," katanya.

Sehubungan itu, Fazil menggesa PAS supaya tidak menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

"PAS tidak seharusnya menggunakan dalil agama mengikut rentak dan selera politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat terutamanya orang Islam sekiranya dalil yang disandarkan tidak tepat pada tempatnya," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052027 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list