CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Melaka] Kritikan netizen tidak jejas komitmen JPJ laksana tugas

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode

LOKMAN Jamaan.



Melaka: Kritikan dan kecaman segelintir netizen susulan tular insiden motosikal penunggang p-hailing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak sesekali menjejaskan iltizam jabatan itu untuk mengambil tindakan terhadap pesalah jalan raya.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata, maklum balas negatif diterima tidak menjejaskan motivasi pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ untuk mendidik masyarakat membudayakan undang-undang demi kebaikan semua pihak.

"Saya rasa tidak ada masalah pada kita kerana inilah tanggungjawab kita untuk memberi pengajaran dan advokasi kepada pengguna jalan raya," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Beliau mengulas kejadian penunggang p-hailing Muhammad Shahrul Shah yang videonya berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita dalam sekatan jalan raya di Negeri Sembilan mendapat perhatian netizen selepas ia tular.

Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati warganet yang ada antaranya mengecam pihak berkuasa seolah-olah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

Lokman berkata, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf sudah pun memberikan penjelasan berhubung tindakan sitaan itu yang disebabkan motosikal terbabit tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans.

"Jadi, kepada semua pemilik kenderaan bukan sahaja motosikal, jika tidak mempunyai LKM motosikal atau lesen kenderaan kereta dan sebagainya dan tidak mempunyai insurans adalah tidak layak untuk berada di atas jalan.

"Jadi saya rasa ini satu pengajaran kepada lelaki itu (Muhammad Shahrul Shah).

"Sepatutnya mereka perbaharui lesen LKM motosikal dan juga kenderaan serta insurans bagi menjaga keselamatan diri pemilik dan juga pengguna jalan raya lain," katanya.

JPJ Negeri Sembilan dalam kenyataan semalam berkata, cukai jalan motosikal lelaki itu didapati sudah tamat tempoh sejak Februari lalu selain tiada insurans.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-jpj-laksana-tugas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.187728 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list