CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Peniaga didenda RM90 kerana maki polis

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Padah memaki pegawai kanan polis, seorang peniaga didenda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan denda itu terhadap Sabindo Simon, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu berkelakuan tidak sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat kepada Deputi Superintendan Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Kepong, pada 12.10 pagi, 9 September lalu.

Sabindo didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Sabindo yang diwakili peguam Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad pula merayu supaya denda minimum dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira pengakuan bersalah dan kesal serta memohon maaf kepada pegawai polis berkenaan atas insiden yang berlaku.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Nurul Izzah menjatuhkan hukuman denda RM90 dan sekiranya gagal bayar satu minggu penjara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-kerana-maki-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.181236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list