CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Selangor] Culik, bunuh rakan: 7 suspek disambung reman

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Seramai tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat seorang lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu, disambung reman bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, permohonan reman telah dibenarkan selama tujuh hari sehingga Rabu depan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 26 tahun itu ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah kereta Proton Gen2 di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong.

Sebelumnya, mangsa yang juga penganggur didakwa dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, tangkapan pertama dibuat membabitkan empat lelaki pada hari kejadian.

Menurut beliau, tangkapan seterusnya melibatkan suspek kelima (lelaki) ditahan pada Jumaat dan reman tamat pada Selasa lalu.

Sementara suspek keenam (wanita), ditahan pada Sabtu manakala suspek ketujuh ditahan di Johor pada Ahad masing-masing tempoh reman berakhir semalam. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ek-disambung-reman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.395133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list