CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Selangor] Pemilik gerai biadab baling duit atas meja pelanggan selepas ditegur

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang memaparkan pemilik gerai membaling wang pelanggan selepas ditegur yang tular di laman Twitter.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkilan selepas dilayan secara biadab oleh pemilik gerai makan yang dipercayai terletak di utara tanah air.

Menurut hantaran wanita tersebut di laman Twitter, pemilik gerai yang dikunjunginya berang selepas pengguna tersebut menegur tentang layanan yang tidak memuaskan.

“Macam ini ya layan pelanggan? Dari awal memang biadab. Ambil order pun asal boleh, hendak senyum jauh sekali. Apabila ditegur baik-baik, terus mengamuk.

“Dalam video ini, saya sendiri yang kena (marah). Lepas buat pesanan, ada antara kami yang hendak tukar. Tapi owner cakap pada pekerja lain, hang layan kejap, banyak sangat tanya.

“Selepas melakukan pembayaran, saya sempat menegur pemilik kedai dan memintanya untuk melayan pelanggan dengan lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Berang dengan teguran tersebut, pemilik gerai bertindak mencampak duit wanita tersebut ke atas meja sebelum memberi amaran supaya lebih bersopan ketika bercakap.

Tambah pengguna tersebut, pemilik kedai juga mengugut mahu memukulnya dan menularkan wajahnya di laman sosial sebelum menanggalkan selipar untuk dibaling ke arah pengguna tersebut.

“Saya bukannya tidak mahu bayar, cuma saya kecewa dengan layanan yang diterima. Teguran tersebut supaya mereka (pihak penjual) dapat lakukan penambahbaikan.

“Orang berniaga bukan sehari dua. Lagipun, janganlah anjaya pelanggan. Pelanggan kan punca rezeki,” katanya dalam hantaran sama.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 11,900 tanda suka dan 3.2 juta tontonan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... an-selepas-ditegur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.055204 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list