CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421|Reply: 0

[Melaka] Melaka wajibkan penjaja, peniaga carum Perkeso

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode

AB. RAUF (dua dari kanan) beramah mesra bersama penjawat awam negeri ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di MITC Ayer Keroh, Melaka. - foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Bermula Disember depan, peniaga dan penjaja di negeri ini diwajibkan untuk mencarum skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum membuat permohonan lesen baharu atau memperbaharui lesen perniagaan sedia ada.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, beliau telah meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bekerjasama dengan Perkeso bagi memastikan inisiatif melestarikan rakyat itu dapat dilaksanakan.

Katanya, dengan caruman serendah RM46.60 setahun, skim itu dapat memberi perlindungan jangka panjang kepada mereka yang terlibat dalam sektor berkenaan.

“Kita memang mencadangkan agar semua penjaja dan mereka yang bekerja sendiri dapat dilindungi dengan perlindungan insurans serendah RM3.88 sehari.

“Jadi kita minta pihak PBT mewajibkan penjaja yang memohon lesen baharu atau memperbaharui lesen supaya mencarum Perkeso untuk diri mereka sendiri.

“Tidak sampai RM4 pun sebulan. Mereka akan mendapat perlindungan sekiranya ditimpa kemalangan dan keluarga juga dapat meneruskan kehidupan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... iaga-carum-perkeso/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049851 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list