CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Selangor] Guru teruja, bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode

Naldiana (kiri) dan tangkap layar gambar Insta Story yang dimuat naik oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal.

PETALING JAYA – Seorang guru tidak menyangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memilih nama bakal cahaya mata pertamanya dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran guru tersebut yang dikenali sebagai Naldiana Umping Michael di Facebook, dia begitu gembira sehingga membingkaikan gambar tangkap layar daripada InstaStory Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hantaran InstaStory itu dimuat naik selepas setengah jam Naldiana menyampaikan surat kepada Seri Paduka Baginda ketika baginda berkenan singgah di Stesen Minyak Petronas Simpang Layar, Selasa lalu.

“Tuanku Agong pilih nama ini! Semoga berjaya dapat anak,” tulis Tengku Mahkota Tengku Hassanal.

Senarai nama yang disampaikan itu terkandung nama bayi yang berpotensi bagi jantina lelaki mahupun perempuan.

Al-Sultan Abdullah berkenan memilih nama Nichella Inez Starla untuk bayi perempuan dan Syderek Neville untuk bayi lelaki.

Naldiana berkata, dia tidak menyangka Seri Paduka Baginda akan memberikan respons ekoran dia hanya berjaya menyampaikan surat itu beberapa minit sebelum keluarga Diraja berangkat.

“Tengku Hassanal berkenan memuat naik surat saya di Instagram Story.

“Saya tidak berpeluang untuk bercakap dengan baginda dan anakanda memandangkan keadaan begitu sesak dan berlaku pantas,” katanya.

Naldiana merupakan guru bahasa Inggeris di SK Ng Ajau, Betong, iaitu kira-kira tiga minit dari Petronas Simpang Layar.

Dia dan suaminya, Sonny telah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.

Naldiana berkata mereka berharap dapat menimang anak sulung tahun depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... tama-pilihan-agong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.049617 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list