CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Selangor] Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah bunuh seorang lelaki

[Copy link]
Post time 14-9-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode


SEPANG: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki pada 4 September lalu.

Tertuduh, B. Bhalraj, 42, didakwa melakukan pertuduhan itu terhadap  E. Pramkanna, 43, di Jalan UPM Serdang, Sepang kira-kira 1.24 pagi.

Selepas pertuduhan dibacakan, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi  manakala tertuduh diwakili peguam bela, T. Mishant dan R. Harvind.

Media sebelum ini melaporkan, polis yang membuat rondaan menemukan dua orang lelaki dalam sebuah lori di mana salah seorangnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata, mangsa kemudian di bawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk menerima rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan akibat hentakan benda tumpul di bahagian kepala.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan termasuk ditahan selama 12 hari mengikut Seksyen 25 (1) n PPN 1990 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal polis mendapati, suspek dan mangsa adalah rakan baik dan menetap di satu taman perumahan yang sama. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... nuh-seorang-lelaki/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.063354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list