CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 586|Reply: 0

[Selangor] Anak lelaki Zainal Abidin mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

[Copy link]
Post time 14-9-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode


SEPANG:  Anak sulung bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memukul bekas isterinya sekitar Februari lalu.

Tertuduh yang juga bekas pemain bola sepak PKNS itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap isterinya yang sah ketika itu, Suzursofia Smeth Jaya, 32, di TO01-14-04, Skypark Residence, Jalan Teknokrat 1, Cyberjaya pada malam 25 Februari lalu.

Sebaik sahaja kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Muhammad Bukhori kemudian menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, malah, tertuduh juga ditegah untuk mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Sementara itu, Muhammad Bukhori juga menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi lain.

Sejurus selepas itu, peguam Mohd Zaiza, Johan Arif Salim Khan memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 memandangkan anak guamnya kini tidak mempunyai kerja tetap.

Menurut Johan Arif, anak guamnya juga memperoleh gaji sekitar RM2,500 hingga RM2,700 dengan bekerja sebagai pemandu peribadi, malah, turut menanggung dua anak yang masih kecil iaitu berusia enam dan dua tahun.

“Tertuduh juga bercerai dengan mangsa pada Jun lalu,” katanya ketika di mahkamah hari ini.

Mohd Zaiza dan Suzursofia sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor pada 14 Jun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pukul-bekas-isteri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082574 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list