CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mahkamah benar rayuan kerajaan, ketepikan ganti rugi RM300,000

[Copy link]
Post time 14-9-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam mengetepikan ganti rugi RM300,000 yang perlu dibayar oleh kerajaaan dan tiga lagi kepada seorang bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat renjer yang didakwa ditahan secara salah selama 311 hari.

Ia selepas panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama-sama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong sebulat suara membenarkan rayuan mereka.

Pada 12 September 2022, Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan saman Mohamad Maliki Abdul Halim dan memerintahkan kesemua perayu untuk membayar ganti rugi secara global RM300,000 selepas mendapati lelaki berkenaan ditahan tanpa mengikut undang-undang.

Selain Kerajaan Malaysia, turut disenaraikan sebagai perayu ialah Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd. Aziz, pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera.

Ketika membaca penghakiman ringkas panel terbabit, Hakim Azizah menyatakan, isu utama ialah sama ada tahanan reman daripada 26 Ogos 2014 sehingga 2 Julai 2015 adalah sah atau sebaliknya.

“Selepas mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, kami berpendapat bahawa daripada pembacaan Seksyen 96(3) Akta Angkatan Tentera 1972 adalah jelas menunjukkan tatacara pelaksanaan undang-undang ketika siasatan, jika terdapat sebarang pertuduhan yang tidak dikendalikan secara rumusan, tertuduh akan ditahan reman sehingga dibicarakan di Mahkamah Tentera.

“Oleh itu, kami dapati Pesuruhjaya Kehakiman terkhilaf dalam menafsir Seksyen 96 (3) itu. Oleh itu, kami membenarkan rayuan dan keputusan hakim terdahulu diketepikan.

“Ekoran daripada keputusan ini juga, kami turut menolak rayuan yang dikemukakan oleh responden (Mohamad Maliki). Kos ditetapkan sebanyak RM40,000,” kata hakim itu pada prosiding yang dijalankan melalui aplikasi Zoom.

Turut serta pada prosiding atas talian itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb mewakili kesemua perayu manakala responden diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed.

Pada Mei 2018, Mohamad Maliki memfailkan saman tersebut atas alasan dia ditahan secara salah selepas didapati positif dadah dalam satu operasi pencegahan di Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

Mohamad Maliki mendakwa, akibat penahanan salah tersebut, haknya bersama isteri serta kehidupannya terjejas.

Mohamad Maliki selepas menjalani hukuman penjara dua bulan sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Tentera ditamatkan perkhidmatan dan kemudian mendapat pekerjaan sebagai juruteknik.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... anti-rugi-rm300000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.100911 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list