CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Sambut baik gaji minimum naik kepada RM2,000

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Cadangan menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 menjelang 2030 disambut baik golongan pekerja yang menyifatkan kerana ia secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup seiring dengan tekanan kos sara hidup ketika ini.

Pengurus restoran, Shafiq Che Razali, 29, berkata inisiatif gaji minimum itu mampu menjadikan pekerja lebih berdaya saing serta inovatif.

Katanya, gaji pekerja khususnya yang bekerja di ibu kota yang rendah tidak mencukupi dan situasi itu menimbulkan cabaran kewangan.

"Harga barangan semakin meningkat malah selepas ditolak perbelanjaan, saya hanya ada lebihan antara RM100 hingga RM200 sahaja.

"Jumlah itu masih tidak cukup untuk menabung serta menampung kehidupan di sini walaupun belum berumahtangga," katanya.

Katanya, cadangan gaji minimum RM2,000 bukan saja memberi manfaat kepada golongan pekerja malah membantu meningkatkan taraf hidup mereka serta pertumbuhan ekonomi negara.

"Ia perlu dilaksanakan kerana ia bukan mustahil. Bagi saya, kenaikan gaji minimum RM1,500 sudah direalisasikan, jadi kenaikan kepada RM2,000 juga boleh dilaksanakan," katanya.

Manakala mekanik, Meoh Goh, 60, berpendapat cadangan kenaikan gaji minimum adalah perkembangan yang positif.

Katanya, dia percaya gaji minimum yang agak tinggi akan membantu meringankan beban kewangan golongan pekerja seperti dirinya, terutama dengan kenaikan kos hidup.

"Namun, RM2,000 itu mungkin sesuai bagi orang bujang, tetapi bagi yang sudah berkeluarga ia mungkin tidak cukup," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, mencadangkan kerajaan untuk menaikkan gaji minimum kepada RM2,000 menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada inisiatif bagi meningkatkan upah bulanan median daripada RM2,600 kepada RM4,510.

Wakil rakyat kerajaan mengesyorkan gaji minimum dinaikkan kepada RM2,000 menjelang 2030 bagi merealisasikan hasrat menaikkan upah bulanan median daripada RM2,600 kepada RM4,510.

Guan Eng berkata, cadangan itu antara lain mampu muncul sebagai strategi keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, mengangkat golongan B40, memartabatkan kumpulan M40 serta menghapuskan kemiskinan tegar.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -naik-kepada-rm2000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069850 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list