CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Selangor] Muslim Care sumbang 300 kerusi roda

[Copy link]
Post time 14-9-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

Wakil Hospital dari pelbagai Daerah hadir mengambil kerusi roda sumbangan daripada Muslim Care Malaysia pada Majlis Penyerahan Sumbangan 300 Kerusi Roda Wakaf oleh Muslim Care Malaysia di Masjid Hospital Sungai Buloh. FOTO GENES GULITAH

Sungai Buloh: Muslim Care Malaysia (MCM) menyumbangkan 300 kerusi roda bernilai RM100,000 termasuk untuk kegunaan pesakit yang mendapatkan rawatan di 10 fasiliti kesihatan sekitar Lembah Klang.

Kerusi roda berkenaan diserahkan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan disaksikan Presiden MCM, Zulkifli Wahijan di Masjid Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, sumbangan berkenaan kepada individu, hospital dan pusat kesihatan daerah (PKD) adalah satu daripada aktiviti pihaknya yang bermula sejak negara dilanda wabak Covid-19 pada 2020 dan berterusan sehingga sekarang.

Katanya, pada peringkat awal, jumlah sumbangan dalam skala kecil dan tertumpu kepada individu kurang berkemampuan, sebelum ia diperluaskan dengan sumbangan 40 unit kepada Hospital Tuanku Fauziah dan PKD di Perlis pada 21 Mei lalu.

"Hospital dan PKD menjadi fokus sumbangan selepas MCM mendapati banyak pusat kesihatan Kerajaan terutama di luar bandar berdepan masalah kerusi roda tidak mencukupi dan uzur. Selain itu kita juga membina bangunan tambahan di Hospital Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

"Program hari ini adalah terbesar setakat ini dengan sumbangan sebanyak 300 kerusi roda bernilai RM100,000 kepada hospital dan PKD sekitar Lembah Kelang," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan kerusi roda wakaf itu.

Zulkifli berkata, MCM juga akan merasmikan mini gimnasium untuk kemudahan pesakit di Hospital Batu Pahat, Johor dan akan memperluaskan wakaf kerusi roda di seluruh negara.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata, usaha wakaf itu memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang berada di hopsital sekali gus 'mencelikkan' masyarakat dengan wakaf untuk membantu insan memerlukan.

Fasiliti yang menerima kerusi roda wakaf berkenaan ialah Hospital Sungai Buluh, Hospital Selayang, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kesihatan Daerah Gombak, Pusat Kesihatan Daerah Klang, Pusat Kesihatan Daerah Petaling, Pusat Kesihatan Daerah Titiwangsa dan Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-300-kerusi-roda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.429465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list