CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12052|Reply: 0

Terhibur tengok Mochi 'healing' di air terjun

[Copy link]
Post time 14-9-2023 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Terhibur tengok Mochi 'healing' di air terjun

VIDEO dimuat naik Fazwan mengenai Mochi berenang di air terjun Lata Bunta, Bentong mencuit hati warganet.


Kuala Lumpur: Aksi kucing kesayangan Fazwan Nuzri yang dinamakan Mochi melompat seakan membuat terjunan dan berenang di air terjun Lata Bunta, Bentong di Pahang mencuit hati warganet.

Video itu yang dikongsi Fazwan, 30, di akaun TikTok meraih 5.1 juta tontonan dan ribuan komen, khususnya daripada pencinta kucing yang terhibur dengan aksi bersahaja Mochi yang berusia tujuh bulan.

Fazwan berkata, dia mempunyai tujuh kucing dengan empat daripadanya iaitu Mochi, Atithy, Amora dan Acici atau Patimah diletakkan di dalam rumah, manakala tiga lain di luar rumah.

Menurutnya, dia suka berkongsi aktiviti bersama kucing peliharaannya di seperti bersiar di taman dan pusat beli-belah serta menyertai ekspo haiwan, hingga kerap menarik perhatian pencinta kucing.

"Awal bulan ini saya bersama rakan berkhemah di air terjun berkenaan dan saya serta seorang rakan membawa kucing peliharaan masing-masing. Saya bawa empat kucing dan rakan bawa dua kucingnya.

"Sepanjang aktiviti Mochi, Atithy, Amora dan Acici sangat baik dan ini kali pertama saya kucing berkhemah di air terjun, namun yang mandi hanyalah Mochi dan Acici saja," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka video Mochi yang juga baka maine coon dan kampung, berenang kira-kira 15 minit mendapat perhatian ramai.

"Terkejut juga ramai yang suka tengok Mochi berenang dalam air terjun dan ini kali pertama saya dedahkan empat kucing dengan alam semula jadi, supaya boleh melihat dunia luar kerana sebelum ini hanya di rumah saja.

"Lagipun saya memang suka berkongsi video mengenai kucing peliharaan sebagai kenangan kerana sudah anggap seperti ahli keluarga," katanya.

Fazwan mengakui dia sendiri teruja apabila Mochi dapat berenang walau pertama kali dibawa bermain air terjun, yang sekali gus menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

"Ada juga sebelum ini orang cakap kucing tak elok berendam dalam air, tetapi sebenarnya boleh saja asalkan kita tahu tahap kesihatan si bulus kita, dan haiwan itu mesti sihat selain kita memantaunya," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aling-di-air-terjun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052757 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list