CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1731|Reply: 0

Atede semakin serasi bersama Sang Kenari

[Copy link]
Post time 16-9-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

MOSES Atede. FOTO KDA FC

Alor Setar: Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Moses Atede mahu meneruskan rentak cemerlang bersama Sang Kenari pada saingan suku akhir pertama Piala Cabaran menentang menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, Selasa ini.

Pemain kelahiran Nigeria berusia 25 tahun itu berkata, tahap keserasiannya bersama pasukan bimbingan Nafuzi Zain semakin baik sekali gus diharap dapat membantu pasukan mengharungi Piala Cabaran dan juga baki lima perlawanan Liga Super pada musim ini.

"Selepas melalui enam perlawanan bersama Sang Kenari, tahap keyakinan saya kini semakin meningkat. Saya mahu teruskan memberi tumpuan kepada dua misi penting iaitu Piala Cabaran dan tempat kedua Liga Super musim ini," katanya.

Atede yang ditugaskan megawal ruang tengah dan pertahanan Sang Kenari, sudah menyumbangkan satu gol ketika menentang Penang FC pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kerjasama yang ditunjukkan di kalangan rakan sepasukan menjadi bekalan terbaik untuknya terus meningkatkan keupayaannya bagi mengharungi baki perlawanan selepas ini.

"Saya tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya saya juga perlu tingkatkan lagi prestasi bagi menghadapi semua saingan yang akan lebih sengit termasuk Piala Cabaran selepas ini.

"Dengan adanya kerjasama yang baik bersama rakan sepasukan, saya berharap dapat menyumbang gol seandainya mempunyai peluang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bersama-sang-kenari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.336319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list