CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2328|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4,719 saman hari pertama Op Hormat Undang-Undang Fasa 2

  [Copy link]
Post time 16-9-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis menjalankan pemeriksaan dan mengeluarkan saman ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan di sekitar Kuala Lumpur. FOTO Ihsan JSPT KL

Kuala Lumpur: Hari pertama Op Hormat Undang-Undang Fasa 2 yang bermula semalam sudah merekodkan 4,719 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dalam operasi itu, kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 3,712 saman. Kesalahan lain adalah parkir di laluan pejalan kaki atau garisan putih dengan 247 saman; tiada lesen memandu (110); nombor pendaftaran (30); tidak patuh lampu isyarat merah (27); berhenti di petak kuning (7) dan lain-lain (586).

"Manakala JPJ turut mengeluarkan 30 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, polis turut menahan 13 individu yang disyaki terbabit penyalahgunaan dadah dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu, katanya, tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah lori turut disita dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Rabu lalu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Op Hormat Undang-Undang Fasa 2 bermula 15 September sehingga 29 September ini membabitkan 16 lokasi di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndang-undang-fasa-2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052155 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list