CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3317|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dah 3 bulan beras tempatan tiada, ke mana pergi beras kita? - Peniaga

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

PENIAGA menunjukkan beras import yang dijual di kedainya. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: "Kami hanya menjual apa dihantar oleh pengedar. Memang sudah lama, saya rasa tiga bulan tak menerima stok beras tempatan, sebaliknya beras import yang datang dan itulah yang kami jual," kata peniaga hanya mahu dikenali sebagai Irfan, 40-an, di Jalan Raja Alang, di sini.

Beliau berkata, sebagai peniaga pihaknya tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan ketiadaan bekalan beras tempatan pada masa ini.

Irfan berkata, pihaknya memang ada membuat pesanan bekalan beras tempatan namun lori pengedar yang menghantar beras hanya membuat penghantaran beras import beberapa bulan kebelakangan ini.

Harian Metro turut membuat tinjauan di Pasar Chow Kit yang menjadi lokasi tumpuan warga kota membeli barang dapur termasuk barangan basah dan kering.

Tinjauan mendapati satu daripada kedai yang menjual beras memang ada menjual beras pelbagai jenama namun semuanya dikampit dengan cop biru bulat tertera 'Beras Putih Super (Import).

Ketika ditanya pekedai dikenali Lingam, 50, katanya sejak kebelakangan ini memang semua beras kampit yang masuk ke kedainya adalah beras import.

"Bekalan beras memang sentiasa ada...cuma masalah bekalan beras tempatan, semua yang masuk beras import.

"Pengilang hantar apa sahaja kami jual. Kadang-kadang ada (beras tempatan), pengilang kata tak ada stok. Kami tiada pilihan memang kena jual juga apa sahaja stok yang sampai," katanya.

Tinjauan di sebuah pasar mini di Lorong Raja Bot turut mendapati ketiadaan stok beras tempatan tiada di rak kedai itu sebaliknya dipenuhi kampit beras import.

Seorang pengguna yang tidak mahu dikenali berkata, kerajaan perlu menangani isu ketiadaan beras tempatan itu dengan segera sebab ia agak menghairankan.

"Persoalannya ke mana pergi beras kita (beras tempatan). Mengapa tiba-tiba hanya ada kampit beras import sahaja di pasaran.

"Kerajaan wajib tangani segera isu ini sebab beras makanan ruji kita. Selain itu saya juga pelik sebab minyak masak kampit, adakalanya telur malah stok gula juga cepat habis. Tadi kira-kira jam 11 pagi dah habis stok telur gred A," katanya.

Berikut adalah harga tertera di kampit beras import beberapa jenama.

Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro di ibu negara hari ini mendapati terdapat harga berlainan tertera di kampit beras import untuk beberapa jenama walaupun kandungan berat sama seperti RM53, RM40 dan RM36 bagi kampit 10 kilogram (kg).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -beras-kita-peniaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.056067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list