CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3697|Reply: 0

[Selangor] Si cilik gemar memasak di dapur

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

NUR Hawa Humaira tidak kekok memasak walaupun baru berumur setahun 11 bulan. FOTO Ihsan Siti Nur Zulaikha Mohd Zukri

Shah Alam: Umurnya baru setahun 11 bulan namun gelagat Nur Hawa Humaira Mohamad Hairul Ikhwan ibarat 'anak dara' yang sudah meningkat dewasa kerana gemar memasak di dapur.

Menerusi video dimuat naik ibunya, Siti Nur Zulaikha Mohd Zukri, 25, di TikTok, Nur Hawa Humaira atau mesra disapa Adik Hawa dalam kalangan pengikut tidak kekok memegang peralatan dan bahan memasak.

Gelagat Nur Hawa Humaira yang comel itu nyata mencuit hati pengikut di TikTok malah ramai kagum dengan kebolehannya memasak pada usia kecil.

Bercerita lanjut, Siti Nur Zulaikha yang menetap di Bukit Lanchong, di sini berkata, Nur Hawa Humaira adalah anak sulung daripada dua beradik.

Katanya, sejak kecil lagi anaknya itu suka mengikutnya ke dapur dan didedahkan dengan peralatan memasak.

"Waktu bayi lagi Hawa (nama panggilan) jadi peneman saya di dapur dan kalau saya masak, dia pun nak menyibuk sampai menangis kerana nak pegang senduk.

"Melihat minatnya itu, saya pun bagi peluang bermula dengan ajar Hawa pegang senduk.

"Kemudian, saya ajar Hawa masukkan bahan memasak mengikut turutan tetapi bukan semua dia buat kerana mana yang berat, saya akan kacau sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



NUR Hawa Humaira bersama ibu, Siti Nur Zulaikha Mohd Zukri. FOTO Ihsan Siti Nur Zulaikha Mohd Zukri

Menurut Siti Nur Zulaikha, bukan setiap hari namun pada hari tertentu saja Nur Hawa Humaira 'beraksi' di dapur.

"Hawa memang suka ke dapur tapi ada masanya tak masuk pun, ikut 'mood' dia juga.

"Buat masa ini, Hawa setakat suka memasak saja, tak ada sampai siapkan hidangan sendiri kerana saya masih perlu membantunya cuma kalau ikut dia (Hawa), senduk pun dia tak bagi saya pegang.

"Apa pun, saya tetap pantau gerak gerinya dapur dan Alhamdulillah, Hawa tak pernah alami kecederaan setakat ini," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Siti Nur Zulaikha berkata, niatnya bukan untuk menunjuk tetapi memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain.

"Saya mula kongsi video Hawa di TikTok sejak dua bulan lalu dan nak jadikan kenangan untuk tatapan masa akan datang nanti.

"Sebagai ibu, saya sokong jika Hawa minat dalam bidang masakan malah doa semoga dia dapat jadi chef terkenal satu hari nanti dan berjaya dunia akhirat.

"Terima kasih kepada semua yang luangkan masa menonton video Hawa dan sokong anak saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-memasak-di-dapur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056063 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list