CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3757|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hotel bajet jadi transit Pati

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA Pati warga India yang ditahan. FOTO Ihsan JIM

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang menjadikan sebuah hotel bajet di Kota Bharu, Kelantan, sebagai rumah transit pendatang asing tanpa izin (Pati) terbongkar dalam serbuan Op Gelombang V, pada 13 September lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan 10.20 pagi, Rabu lalu, membabitkan sepasukan pegawai Imigresen dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan JIM Kelantan.

"Dalam serbuan ini, kami menahan seramai 51 Pati terdiri daripada 39 lelaki dan empat wanita warga India, dua lelaki warga Pakistan serta dua wanita dan empat kanak-kanak lelaki warga Thailand berusia antara dua hingga 60 tahun.

"Selain itu, lima ahli sindiket yang juga warga tempatan terdiri daripada pemilik hotel bajet, dua penjaga premis dan dua transporter berusia antara 23 hingga 57 tahun turut ditahan.

"Kami turut merampas wang tunai sebanyak RM5,300, 42 pasport India dan empat kenderaan terdiri daripada kereta sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan untuk membawa Pati ke lokasi transit berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ruslin berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan menyasarkan Pati berasal dari India yang mahu memasuki negara ini untuk merebut peluang pekerjaan secara haram.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyeludup Pati terutama warga India yang memasuki negara ini melalui negara jiran dengan menggunakan laluan haram di sempadan.

"Pati ini akan diangkut menggunakan kenderaan oleh transporter tempatan dan akan dikumpulkan di rumah transit itu sebelum dihantar ke lokasi tertentu.

"Hasil siasatan awal dilakukan mendapati sindiket itu mengenakan bayaran antara RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap seorang Pati," katanya.

Beliau berkata, semua Pati yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah, manakala lima lelaki tempatan terbabit direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

"Jabatan ini akan membanteras habis-habisan sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan

negara.

"Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-jadi-transit-pati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.174624 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list