CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4073|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita rugi RM622,000 diperdaya ASP Mohtar

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Wanita kerugian RM622,000 selepas ditipu sindiket yang menyamar polis dan mendakwa dia terbabit pengubahan wang haram.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang berusia 45 tahun pada mulanya menerima panggilan daripada individu mengaku dari Pos Laju Perak pada 10.30 pagi, 2 Ogos lalu.

Menurutnya, suspek mengatakan mangsa ada menghantar sebuah bungkusan yang mengandungi beberapa keping kad pengenalan.

"Selepas itu panggilan disambungkan kepada Tuan Zakim daripada Balai Polis Perak yang memarahi pengadu kerana tidak memberikan kerjasama.

"Kemudian panggilan disambungkan kepada Ketua Operasi Asisten Superintendan (ASP) Mohtar melalui whatsApp, yang menyatakan mangsa terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram," katanya kepada Harian Metro.

Ramli berkata, disebabkan terlalu takut mangsa mengikut semua arahan suspek yang menyuruhnya merahsiakan perkara berkenaan.

"Mulai 2 Ogos sehingga 30 Ogos lalu, mangsa diarah melakukan pemindahan 11 transaksi wang ke tujuh akaun bank yang berbeza dengan alasan untuk tujuan pengauditan Bank Negara.

"Pada 10 Ogos lalu, suspek ASP Mohtar mengarahkan mangsa untuk membuat pinjaman di tujuh bank iaitu BSN, Bank Rakyat, Bank Islam, RHB Bank, Alliance Bank, MBSB Dan AEON Credit," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang menurut arahan itu hanya menerima kelulusan pinjaman di tiga bank iaitu Bank Rakyat, Bank Islam dan AEON Credit dengan jumlah RM575,000.

"Suspek kemudian mengarahkan dia membuka akaun baru di setiap bank yang pinjamannya diluluskan dan menyerahkan maklumat perbankan dan nombor TAC.

"Seterusnya ASP Mohtar meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun milik suaminya. Dia juga disuruh menunggu panggilan daripada pihak polis selepas kesnya selesai," katanya.

Katanya, mangsa cuba menghubungi ASP Mohtar untuk perkembangan kes itu tetapi panggilannya disekat dan dia kemudian membuat laporan polis, Selasa lalu.

Menurut Ramli, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iperdaya-asp-mohtar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.054466 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list