CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14170|Reply: 0

Postecoglou sedia bantu Richarlison

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Richarlison meraikan gol ketika menentang Fulham pada pusingan kedua Piala Liga Inggeris di Craven Cottage, London pada 29 Ogos lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Bos Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou berkata beliau akan melakukan apa yang termampu untuk membantu Richarlison selepas pemain Brazil itu meluahkan emosinya ketika tugasan antarabangsa.

Pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan dia akan mendapatkan khidmat pakar psikologi sesudah berdepan masa sukar di dalam mahupun di luar padang.

Richarlison tidak menjaringkan gol buat Brazil sejak Piala Dunia dan hanya menjaringkan satu gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Spurs sejak berpindah dari Everton dengan harga £60 juta (RM348 juta) pada Julai 2022.

"Apa saja yang Richy mahukan, kami akan sentiasa sedia membantunya," kata Postecoglou semalam.



"Dia meluahkan di sana kerana dia agak emosi selepas perlawanan itu dan kami akan memberikannya sokongan yang diperlukan, tetapi kami akan buat terhadap semua pemain.

"Bagi saya tiada sesiapa mempunyai satu kehidupan yang sempurna. Ramai yang fikir pemain bola sepak melakukan sesuatu dengan baik dan memiliki wang yang mereka perlukan tetapi ia tidak menjadikan mereka kebal daripada kehidupan."

Pemergian Harry Kane memberikan peluang buat Richarlison untuk membuat penampilan dalam kesebelasan utama Spurs di posisi penyerang tengah.

Dia bermula dalam empat perlawanan pertama kendalian Postecoglou, menjaringkan satu gol pada aksi Piala Liga menentang Fulham.

Namun dia digugurkan ke bangku simpanan ketika kemenangan 5-2 ke atas Burnley sebelum rehat antarabangsa apabila Son Heung Min menyerlah dengan hatrik.

Anak buah Postecoglou pasti yakin untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka dalam EPL musim ini apabila pasukan yang belum menang Sheffield United berkunjung ke London malam ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-bantu-richarlison
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052612 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list