CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14181|Reply: 0

Guardiola kembali, tiga pemain City cedera

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester City, Jack Grealish (kiri) mengatasi cabaran pemain Sheffield United, George Baldock pada aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, Sheffield pada 27 Ogos lalu. – Foto REUTERS

MANCHESTER, England: Manchester City akan tampil tanpa pemain yang cedera Jack Grealish, John Stones dan Mateo Kovacic bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham malam ini dan pengurus Pep Guardiola tidak pasti sama ada mereka akan kembali bagi aksi pertama Liga Juara-Juara.

City memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Eropah menentang Red Star Belgrade dalam Kumpulan G awal pagi Rabu ini tetapi mungkin beraksi tanpa tiga pemain itu sekali lagi.

"Kami akan lihat selangkah demi selangkah," kata Guardiola kepada wartawan semalam.

"Kecederaan Jack membabitkan otot manakala John lebih baik tetapi masih ada isu. Mateo juga sesuatu yang berkaitan dengan otot. Ia bukan isu besar tapi dia juga terpaksa diketepikan."



Guardiola juga kembali bertugas secara peribadi sesudah terlepas dua perlawanan terdahulu kerana menjalani pembedahan belakang.

"Terima kasih kerana bertanya, saya fikir setiap minggu ia bertambah baik," kata pengendali dari Sepanyol itu. "Berasa agak pelik (terlepas perlawanan), tetapi ia OK."

Pemain pertahanan Kyle Walker menandatangani kontrak sambungan dua tahun minggu ini susulan khabar angin dia akan berpindah ke Bayern Munich dan Guardiola menyanjung pemain berusia 33 tahun itu sebagai "amat penting" dalam pasukan.

"Bagus dia memutuskan untuk kekal. Fikirannya berada di sini di tengah padang, mencintai bola sepak," kata Guardiola. "Tidak ramai pemain memiliki genetik sepertinya. Kehidupannya juga stabil dan (usia) bukannya satu masalah."

Walker ditepikan daripada skuad City bagi final Liga Juara-Juara selepas dia memulakan kedua-dua aksi separuh akhir.

"Saya sedih dia tidak dapat bermain pada final Liga Juara-Juara, tapi lihat bagaimana tindak balasnya sejak itu," kata Guardiola. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pemain-city-cedera
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049823 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list