CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14514|Reply: 0

Neymar akhirnya turun buat Al-Hilal

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Neymar (kanan) meraikan gol bersama pemain Al-Hilal dari Brazil, Malcolm ketika menentang Al-Riyadh pada aksi Liga Pro Saudi di Stadium Putera Faisal bin Fahd, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

RIYADH: Neymar kembali dengan senyuman apabila dia akhirnya melakukan penampilan sulung buat kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal awal pagi tadi, namun peminat jelas kecewa dengan satu insiden penting.

Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hadir dari bangku simpanan pada babak kedua dan sekalipun dia gagal menjaringkan gol, dia terbabit dengan beberapa gerakan serangan pada perlawanan yang dikuasai pasukannya.

Ia penampilan pertama pemain Brazil itu sejak berpindah dengan harga £78 juta (RM452 juta) ke Timur Tengah pada musim panas ini, dengan pemain seperti Aleksandar Mitrovic, Ruben Neves dan Yassine Bounou turut beraksi dengan pendahulu liga itu.

Mitrovic berada dalam senarai penjaring apabila dia menyumbat penalti pada babak pertama ketika kemenangan besar 6-1 itu dengan Yasser Alshahrani, Nasser Aldawsari, Malcolm dan Salem Aldawsari turut menyumbang gol.



Bagaikan sudah ditakdirkan Neymar akan menjaringkan gol pada penampilan sulung buat pasukan baharunya itu - yang akan menyaksikannya menerima £130 juta (RM754 juta) setahun - apabila Al-Hilal dihadiahkan sepakan penalti pada lewat permainan.



Penyerang Al-Hilal, Neymar (kiri) cuba mengatasi penjaga gol Al-Riyadh, Martin Campana pada aksi Liga Pro Saudi di Stadium Putera Faisal bin Fahd, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Namun ia mengejutkan ramai apabila pemain sayap Salem Aldawsari tampil mengambil sepakan itu, dengan ejekan didengari di seluruh stadium selepas menyedari bintang baharu kelab itu tidak mengambilnya.

Aldawsari menyempurnakan penalti itu dan Neymar berlari meraikan jaringan bersama pemain berusia 32 tahun itu.

Al-Hilal melonjak ke tangga teratas susulan kemenangan itu, selepas mencatat lima kemenangan dan sekali seri dalam enam perlawanan pertama mereka.

Al-Ittihad, yang menampilkan Karim Benzema, N'Golo Kante dan Fabinho, menghuni tangga kedua dengan Al-Ettifaq yang dikendalikan Steven Gerrard di tangga kelima.

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr di tangga ketujuh carta dengan tiga kemenangan dan dua kekalahan daripada lima aksi pertama mereka. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... turun-buat-al-hilal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.128295 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list