CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 0

Man United tumbang lagi, Ten Hag gesa segera bangkit

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode

VICTOR Lindelof (kiri) dilihat kecewa. FOTO REUTERS

Manchester: Erik ten Hag menggesa Manchester United untuk menunjukkan watak sebenar mereka selepas semakin berdepan krisis susulan tewas 1-3 kepada Brighton di Old Trafford, tengah malam tadi.

Skuad bimbingan Ten Hag digemparkan dengan gol separuh masa pertama daripada bekas penyerang United, Danny Welbeck sebelum Pascal Gross dan Joao Pedro meletakkan Brighton lebih selepas pada babak kedua.

Gol pertama Hannibal Mejbri untuk kelab hanya saguhati buat United, yang dicemuh selepas wisel penamat.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut dialami United selepas tewas 1-3 di Arsenal sebelum rehat antarabangsa.

Dengan tiga kekalahan dalam lima perlawanan liga musim ini - kali pertama mereka mengalami nasib itu dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL) - United terperosok di tempat ke-12 liga dan jelas dilihat bergolak di dalam dan di luar padang.

"Sudah tentu itu sesuatu yang mengganggu saya. Pada akhirnya ia mengenai karektor pasukan. Sekarang kami perlu lihat sejauh mana kekuatan kami, bagaimana pasukan bersatu dan pemain mana yang berdiri dan menunjukkan watak serta memimpin pasukan.

"Kerana dalam semua perlawanan termasuk ketika menentang Arsenal dan Nottingham Forest, kami boleh bermain dengan sangat baik dan kami boleh mencipta banyak peluang.

"Tetapi, ya, ada juga beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan. Itu sudah pasti berlaku dan kini kami perlu meningkatkannya lagi," kata Ten Hag.

Ten Hag dilihat sudah dapat menstabilkan United musim lalu apabila beliau membantu kelab menamatkan kemarau trofi selama enam tahun dengan memenangi Piala Liga dan layak ke Liga Juara-Juara pada tahun pertamanya membimbing kelab itu.

Tetapi harapan untuk mencabar kejuaraan liga sudah pudar selepas permulaan suram mereka, dengan perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara di Bayern Munich awal pagi Khamis ini bakal menambah sengsara United.

"Kami sangat kecewa. Kami perlu berasa sangat marah dengan diri sendiri kerana di United, anda perlu memenangi perlawanan," kata Ten Hag.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gesa-segera-bangkit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064277 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list