CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4172|Reply: 0

Terengganu bawa bekalan dua gol ke Selangor

[Copy link]
Post time 17-9-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Terengganu dan Selangor sebentar tadi. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) membawa bekalan dua gol pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia selepas menang 2-0 menumpaskan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

Penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut dan pemain gantian, Muhammad Syahmi Zamri menjadi watak pemusnah apabila jaringannya memastikan pelawat 'gigit jari'.

Terdahulu berbekalkan lebih 13,000 peminat setia, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berpeluang untuk mendahului pelawat pada minit kelima, namun rembatan Mamut yang hanya berdepan dengan penjaga gol, Samuel Somerville sedikit sipi di sebelah kiri pintu gol pelawat.

Terengganu yang merehatkan pertahanan import mendapat peluang kedua pada minit ke-23 juga menerusi Mamut, bagaimanapun rembatannya terkena pertahanan pelawat.

Sedar kerap diasak, skuad kendalian Tan Cheng Hoe memperkemaskan asakan dan mendapat peluang terbaik untuk mendahului pada minit ke-24, namun rembatan menerusi penjaring terbanyaknya, Ayron Del Velle ditepis keluar penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.

Pada minit ke-34, penyerang meningkat naik Terengganu, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob terlepas peluang untuk meletakkan pasukannya di depan apabila bola tolakannya berjaya dibaca penjaga gol.

Bagaimanapun, pada masa kecederaan babak pertama, Mamut menceriakan kem pasukannya apabila berjaya menjaringkan gol sulung perlawanan menerusi sepakan penalti selepas rakan sepasukannya, Nurillo Tukhtasinov dijatuhkan Quentin Cheng untuk mendahului pelawat 1-0.

Bersambung babak kedua, The Red Giants melakukan tiga pertukaran serentak dengan memasukkan V Ruventhiran, Noor Al Rawabdeh dan Yohandry Orozco bagi menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi, Ahmad Khuzaimi Piee dan Alexander Ameyaw, namun masih gagal mencari gol penyamaan.

Pada minit ke-57, penyerang kebangsaan Ghana, Richmond Boakye berpeluang untuk menyamakan kedudukan, tapi tandukannya berjaya dibaca penjaga gol sekali gus menghampakan hampir 200 penyokong mereka yang hadir.

Selangor nyaris mendapat gol penyamaan sekali lagi menerusi percubaan Boakye pada minit ke-81 yang terkena tiang sekali gus melegakan kem Terengganu.

Pada masa kecederaan babak kedua, penyerang muda, Muhammad Syahmi yang masuk menggantikan Mamut tidak melepaskan peluang terhidang apabila meledak gol kedua menerusi tandukan selepas mendapat hantaran daripada Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim dan kedudukan 2-0 itu kekal memihak kepada tuan rumah sebelum aksi timbal balik pada 24 September ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dua-gol-ke-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048681 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list