CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5179|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 6,519 saman dikeluarkan dalam Op HUU

[Copy link]
Post time 17-9-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Anggota polis trafik melakukan pemeriksaan dalam Op HUU di sekitar ibu negara. - Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,519 saman dikeluarkan pada hari kedua pelaksanaan Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya (HUU) Polis Kuala Lumpur fasa dua di ibu negara, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata kesalahan tertinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 4,819 saman dikeluarkan.

"Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (247), tiada lesen memandu (194), nombor pendaftaran (76), tidak patuh lampu isyarat merah (53) dan lain-lain (1,213).

"Operasi itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut mengeluarkan 85 saman," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Saifuddin berkata, sembilan motosikal turut disita sepanjang operasi berkenaan.

"Kami turut melakukan lapan tangkapan atas pelbagai kesalahan seperti kes dadah dan memandu dalam keadaan mabuk," katanya.

Rabu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 hingga 29 September nanti.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
https://www.bharian.com.my/berit ... uarkan-dalam-op-huu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073698 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list