CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 0

'Masih ada 90 minit lagi' - Cheng Hoe

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:52 PM | Show all posts |Read mode

REAKSI Cheng Hoe pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe menuntut anak buahnya agar melupakan kekalahan kepada Terengganu FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Sebaliknya, tegas bekas pengendali kebangsaan itu, anak buahnya perlu lebih fokus dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana perlawanan masih berbaki 90 minit lagi untuk melangkah ke separuh akhir saingan piala paling berprestij dalam negara itu.

Terdahulu pada aksi suku akhir pertama malam tadi, impian skuad The Red Giants untuk sekurang-kurangnya mempertahankan kubunya daripada dibolosi sebelum aksi kedua pada 24 September ini berkecai selepas tumpas 0-2 kepada skuad Penyu hasil jaringan Ivan Mamut dan pemain kelahiran Selangor, Muhammad Syahmi Zamri.

Mengulas perlawanan itu, jurulatih kelahiran Kedah itu akui anak buahnya gagal mengawal permainan dengan baik selain barisan pertahanan dilihat sedikit longgar sekali gus membenarkan lawan mencetak dua gol.

"Pasukan TFC bermain begitu baik dan konsisten terutama pada babak pertama manakala kita kurang kawal perlawanan dan juga gagal membuat hantaran dengan baik sekali gus menjejaskan keyakinan pasukan kita.

"Malah pertahanan kita juga pada malam ini (malam tadi) sedikit longgar dan secara keseluruhan kita tidak dapat mengawal tempo perlawanan dengan kita kerap bertahan, dalam bola sepak bertahan bukan mudah untuk hentikan lawan daripada menjaringkan gol.

"Pada separuh masa kedua kita melakukan tiga pertukaran dan berjaya bangkit terutama pada minit awal dan terakhir sehingga berjaya mencipta peluang terbaik untuk menjaringkan gol termasuk satu peluang terkena tiang, malangnya tiada jaringan terhasil, saya agak terkilan.

"Justeru kita terpaksa bekerja keras untuk perlawanan kedua minggu hadapan, pemain tidak boleh leka, mental dan fizikal mereka juga perlu kuat kerana misi kita adalah untuk melangkah ke separuh akhir dan seterusnya ke final sebagaimana musim lalu," kata Cheng Hoe yang mengharapkan kekalahan itu dapat membuka mata anak buahnya selain memberi pengajaran berguna.

Kedua-dua pasukan itu bakal membuat perhitungan kedua pada 24 September ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memburu slot ke separuh akhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... init-lagi-cheng-hoe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.572302 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list