CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3351|Reply: 0

Steinbruckner dedah rahsia TFC tumbangkan Selangor

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

TOMISLAV Steinbruckner akui disiplin tinggi kunci kejayaan pasukannya. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Disiplin tinggi selain bijak memanfaatkan peluang terhidang adalah kunci kemenangan Terengganu FC (TFC) menumpaskan Selangor FC 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Tambah pengendalinya, Tomislav Steinbruckner atau lebih mesra dipanggil 'Tommy', kurang melakukan kesilapan individu selain tidak memberikan peluang buat skuad The Red Giants 'bermaharajalela' di dalam kawasan penalti turut menjadi faktor kemenangan pasukannya biarpun tiada tonggak pertahanan import yang membarisi skuadnya dalam perlawanan itu.

Tegas pengendali kelahiran Croatia itu, kesungguhan yang diperagakan anak buahnya dengan aksi konsisten melayakkan pasukannya memenangi perlawanan itu biarpun sebelum ini dibelasah 5-1 dalam saingan Liga Super.

"Tahniah buat semua pemain yang beraksi cemerlang, tidak lupa juga buat penyokong yang memenuhi stadium pada malam ini (malam tadi) kerana mereka dapat menyaksikan perlawanan yang berkualiti.

"Sejujurnya persembahan yang baik dipamerkan pemain bermula pada babak pertama lagi dengan bijak mengawal permainan dan tidak kurang lima percubaan tepat berbanding lawan, pasukan kami berhak memenangi perlawanan pada malam ini (malam tadi).

"Lebih membanggakan saya apabila pemain muda yang diberikan peluang beraksi berjaya membalas kepercayaan kami, begitu juga dengan pemain berpengalaman, kombinasi mereka kian mantap dan terserlah.

"Kunci utama kemenangan adalah disiplin yang tinggi, kurang melakukan kesilapan individu selain bijak mengawal permainan dengan kerap melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan sehingga berjaya mendapatkan dua gol," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pada perlawanan itu, TFC mendapat gol pertama menerusi sepakan penalti Ivan Mamut pada masa kecederaan babak pertama sebelum pemain muda, Muhammad Syahmi Zamri menambah gol kedua pasukannya pada masa kecederaan babak kedua.

Bagaimanapun jelas Tommy, anak buahnya tidak boleh dibuai dengan kemenangan itu kerana perlu fokus untuk berdepan dengan kelab dari Australia, Central Coast Mariners pada aksi pertama peringkat Kumpulan G saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Rabu ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tumbangkan-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062808 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list