CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3410|Reply: 0

Juventus hutang Ronaldo hampir RM100j

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

CRISTIANO Ronaldo. FOTO AFP

Riyadh: Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Juventus berhubung tunggakan gajinya yang tidak dibayar semasa pandemik Covid-19.

Penyerang Portugal itu menuntut £17.15 juta (RM99.50 juta), jumlah bersih yang dijanjikan oleh kelab itu apabila dia bersetuju untuk menangguhkan pembayaran gajinya semasa tempoh perintah berkurung.

Barisan pemain Juventus bersetuju untuk menangguhkan gaji mereka selama empat bulan pada Mac 2020 dan April 2021 kerana kelab itu mengalami masalah kewangan namun perjanjian secara individu juga dilakukan dengan pemain.

Kini, Ronaldo memutuskan mahu menuntut tunggakan gaji itu dan meminta dokumen berkaitan daripada pejabat Pendakwaraya Awam Turin, menurut laporan La Gazzetta Dello Sport.

Pemain berusia 38 tahun itu meninggalkan Juventus pada Ogos 2021 untuk berhijrah Manchester United dan kini beraksi bersama Al-Nassr, yang menduduki tempat ketujuh dalam Liga Pro Saudi.

Keputusan dilakukan Ronaldo itu selepas penyerang Roma, Paulo Dybala mencapai persetujuan dengan Juventus untuk anggaran £2.6 juta (RM15 juta) tunggakan yang perlu dibayar kepadanya.

Dybala sudah menggugurkan tuntutan mahkamah berkaitan pampasannya semasa wabak pandemik itu.

Ia juga selepas bekas pemain pertahanan, Leonardo Bonucci, yang kini beraksi bersama Union Berlin, berkata dia akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Juventus, walaupun disebabkan isu yang tidak berkaitan.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu berkata, dia 'dimalukan' selepas pengurus, Massimiliano Allegri membekukannya daripada skuad dan memaksanya berlatih tanpa bersama pasukan utama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... naldo-hampir-rm100j
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.067431 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list