CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3432|Reply: 0

'Bukan satu kejutan dapat tewaskan Man United' - De Zerbi

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode

PASCAL Gross meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan di Old Trafford. FOTO REUTERS

Manchester: Roberto De Zerbi mendakwa kemenangan terbaru Brighton ke atas Manchester United 'tidak mengejutkan' selepas pasukan bimbingannya meraikan kemenangan keempat berturut-turut dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara kedua-dua kelab.

Brighton naik di tangga ke keempat liga selepas menamatkan rekod tanpa kalah United dalam 31 perlawanan di Old Trafford. tengah malam tadi.

De Zerbi mengakui bahawa mereka boleh menjaringkan lebih banyak gol ketika meraih kemenangan 3-1 selepas Andre Onana melakukan menafikan cubaan Ansu Fati pada masa kecederaan.

Ditanya bagaimana Brighton dengan bajet terhad boleh terus mengalahkan United, De Zerbi berkata: "Bola sepak sangat bagus kerana pasukan kercil berpeluang untuk menang. Saya rasa Brighton bukan pasukan yang besar, tetapi ia juga bukanlah satu kejutan.

"Kualiti pemain dan organisasi di Brighton sangat kemas. Saya tidak tahu masalah Manchester United, tetapi saya boleh memberi penjelasan mengenai pasukan saya.

"Kami sudah biasa bekerja dengan gaya kami, kami bermain dengan berani, kami bertahan di Old Trafford setiap masa dan kami cuba menguasai bola dalam setiap situasi.

"Pada separuh masa pertama, kami banyak berdepan tekanan, tetapi selepas itu kami bermain dengan cemerlang."

Satu lagi petanda kemajuan Brighton ialah penampilan kali pertama kelab itu di Eropah apabila mereka bakal menentang AEK Athens di saingan Liga Europa, Jumaat ini.

"Kami bermain perlawanan yang hebat. Kami berhak menang kerana kami bermain dengan baik. Dalam tempoh 15, 20 minit pertama, kami berdepan tekanan kerana Man United bermain dengan cara berbeza," kata De Zerbi kepada Sky Sports.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... man-united-de-zerbi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.205182 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list