View: 3627|Reply: 0
|
Coleman menyerlah, Lyles kecewa
[Copy link]
|
|
COLEMAN (dua kanan) melintasi garisan penamat terlebih dahulu menewaskan Lyles. FOTO AFP
Eugene: Christian Coleman dari Amerika Syarikat (AS) dan Shericka Jackson dari Jamaica memenangi acara pecut 100 meter (m) lelaki dan wanita pada perlawanan akhir Liga Berlian, awal pagi tadi untuk menafikan dominasi Noah Lyles serta dan Sha'Carri Richardson.
Lyles dan Sha'Carri bukanlah satu-satunya pemenang pingat emas daripada Kejohanan Dunia bulan lalu di Budapest yang mengalami kekecewaan di Eugene, malah Rai Benjamin dari AS mengejutkan juara dunia dan Olimpik, Karsten Warholm dalam acara 400m lari berpagar.
Coleman, juara dunia pada 2019 yang hanya menduduki tempat kelima di Budapest, menyamai masa terbaik musim ini iaitu 9.83 saat (s) untuk kali kedua dalam dua minggu selepas turut meraih kemenangan di Liga Berlian Xiamen.
Dia adalah salah seorang daripada tiga pelari lelaki yang mencatatkan masa itu tahun ini, bersama-sama dengan Zharnel Hughes dan Lyles.
Lyles, yang memenangi emas 100m dan 200m di Budapest, menduduki tempat kedua dengan catatan masa 9.85s dan Ferdinand Omanyala dari Kenya ketiga.
"Dalam perlumbaan seperti ini, saya biasanya lemah di hujung perlumbaan, tetapi saya dapat merasakan keyakinan dan percaya pada diri sendiri.
"Saya kekal tenang dan akhirnya dapat melakar kemenangan," kata Coleman.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... yerlah-lyles-kecewa |
|
|
|
|
|
|
| |
|