CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3433|Reply: 0

MFL guna trak bergerak untuk operasi VAR

[Copy link]
Post time 17-9-2023 01:56 PM | Show all posts |Read mode

STUART Ramalingam. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan mengguna pakai kaedah trak bergerak untuk memastikan Teknologi video bantuan pengadil (VAR) dapat beroperasi di setiap venue perlawanan Liga Super pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa penggunaan kenderaan bergerak itu lebih efisien sekali gus dikenal pasti dapat menyelesaikan beberapa isu seperti masalah jaringan internet dan kemudahan bilik teknologi terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha mencari penaja untuk penggunaan VAR memandangkan kos untuk menyediaan teknologi terbabit mencecah jutaan ringgit.

"Kita tidak keberatan untuk mencari penaja bagi penggunaan VAR pada musim depan. Pada masa ini, kita mungkin menggunakan 'mobile truck' yang akan bergerak ke setiap stadium.

"Penggunaan VAR akan membabitkan 240 perlawanan Liga Malaysia pada tahun depan dan kita akan menguji dahulu penggunaan 'mobile truck' itu kelak," katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan penggunaan VAR yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan bakal menelan kos RM9.7 juta.

Stuart menjelaskan kos permulaan yang dilihat begitu tinggi itu membabitkan pembelian barangan keperluan seperti kamera, jaringan internet selain turut perlu menyediakan infrastruktur lengkap bagi memastikan VAR boleh digunakan tanpa masalah.

Beliau berkata, kos berkenaan tidak terhenti di situ apabila MFL perlu mengeluarkan anggaran perbelanjaan kira-kira RM3.2 juta pada tahun berikutnya untuk memastikan teknologi terbabit dapat terus digunakan di venue tertentu.

Sementara itu, dimaklumkan kos untuk menyediakan trak bergerak itu kemungkinan mencecah hampir RM500,000 dengan MFL perlu menyediakan sekurang-kurangnya empat kenderaan berdasarkan kepada jadual perlawanan yang ditetapkan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-untuk-operasi-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.089885 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list