CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2854|Reply: 0

Skuad B-23 tak mahu lagi lawan pasukan 'cap ayam'

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:14 PM | Show all posts |Read mode

SKUAD B-23 negara layak beraksi di Piala Asia B-23 di Qatar. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara mungkin tidak akan lagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan 'cap ayam' dalam usaha membentuk barisan pemain mantap bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 pada April tahun depan.

Walaupun skuad muda negara mempunyai tempoh enam bulan sebelum bermulanya kempen Piala Asia B-23 namun bagi pengurus pasukan skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar persediaan rapi perlu dirancang termasuklah memastikan pasukan muda ini boleh dipanggil menyertai kem latihan negara lebih awal.

Beliau berkata, pihaknya dalam rangka untuk mengadakan perlawanan persahabatan bertemu pasukan lebih kuat berdasarkan kepada undian perlawanan Piala Asia B-23 yang akan diumumkan kelak.

"Saya kalau boleh tidak mahu lagi mengadakan perlawanan persahabatan membabitkan pasukan dalam negara saja kerana ia dilihat kurang memberi impak dalam membentu skuad lebih mantap.

"Mungkin kita merangka perlawanan bertemu pasukan gergasi Asia atau beberapa siri perlawanan di luar negara seperti dilakukan pasukan Harimau Malaya.

"Paling penting adalah kita akan mengadakan perbincangan dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan kelab Liga Super supaya dapat memberi pelepasan kepada pemain muda untuk beraksi mewakili negara," katanya.

Sebelum ini, skuad B-23 negara sah layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar pada 15 April hingga 3 Mei tahun depan selaku empat pasukan naib juara terbaik.

Skuad muda negara berad di tanggan kedua kumpulan H selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu Bangladesh (2-0) dan Filipina (4-0) namun tewas kepada Thailand 0-1.

Sementara itu, Shahril berkata, perancangan awal perlu dilakukan oleh barisan kejurulatihan skuad muda itu memandang tempoh enam bulan boleh dikatakan agak singkat untuk perbaiki kelemahan dalam pasukan itu.

"Tempoh enam bulan ini semua pihak perlu bekerja keras untuk menangani setiap masalah dan kelemahan pasukan kerana tidak mahu sekadar menyertai Piala Asia B-23 untuk menimba pengalaman namun turut mahu mencipta keputusan positif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-pasukan-cap-ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057260 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list