CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2876|Reply: 0

Mane, Ronaldo bantu Al-Nassr atasi Al-Raed

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Cristiano Ronaldi kini mendahului senarai penjaring Liga Pro Saudi selepas menemui sasaran ketika Al-Nassr menentang Al-Raed di Stadium Antarabangsa Raja Abdullah, Buraidah, Arab Saudi. - Foto AGENSI



BURAIDAH, Arab Saudi: Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo menemui sasaran dalam kemenangan 3-1 ke atas Al-Raed.

Ronaldo kini sudah menjaringkan tujuh gol liga musim ini dan mendahului senarai penjaring Liga Pro Saudi.

Kemenangan itu melonjak Al-Nassr ke tangga keenam, empat mata di belakang pendahulu, Al-Hilal.

Ketika babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, Mane memecah kebuntuan dalam masa kecederaan sebelum rehat untuk gol keenamnya musim ini.



Al-Raed kemudian terpaksa bermain 10 orang selepas Banderr Whaeshi dibuang padang.

Pemain gantian, Anderson Talisca menjadikan kedudukan 2-0 sebaik dimasukkan. Dia kemudian mengumpan bola untuk jaringan Ronaldo pada minit ke-78.

Al-Raed meledak gol tunggal mereka seminit sebelum tamat permainan menerusi sepakan penalti Mohamed Fouzair.

Al-Nassr akan bertemu Persepolis untuk aksi Liga Juara-Juara AFC pada Selasa ini. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nassr-atasi-al-raed
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.266167 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list