CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3247|Reply: 0

Richarlison bantu Spurs atasi Sheffield United

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Tottenham, Richarlison (kiri) dan Son Heung-min meraikan kemenangan ke atas Sheffield United selepas aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto AFP

LONDON: Ange Postecoglou memuji persembahan Richarlison yang mencetus kemenangan 2-1 Tottenham ke atas Sheffield United.

Tottenham hampir tewas apabila Gustavo Hamer meletakkan Sheffield di depan pada minit ke-73 aksi di Stadium Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun tempoh 12 minit masa kecederaan di akhir babak kedua dimanfaatkan sepenuh tuan rumah untuk meraih tiga mata.

Richarlison menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan sudut Ivan Perisic pada minit kelapan masa kecederaan dan mengumpan bola untuk jaringan kemenangan Dejan Kulusevski dua minit kemudian.



Layangan kad merah kepada pemain Sheffield, Oli McBurnie menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris berkenaan.

Pemain Brazil itu mengalirkan air mata ketika dikeluarkan dalam kemenangan 5-1 ke atas Bolivia dan dia mendedahkan yang dia memerlukan bantuan psikologi bagi menangani masalah peribadinya.

Selepas menjaringkan hanya satu gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu, bekas pemain Everton itu mensasarkan untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich.

Kapten Tottenham, Son Heung-min mengesa Richarlison menikmati tepukan penyokong sebaik tamat perlawanan dan Postecoglou berharap jaringan berkenaan memberi semangat buatnya.

"Richy sangat hebat. Saya rasa semua pemain gantian sangat membantu, ia seperti rutin buat kami.

"Richy perlu mengimbangi antara kehidupan dan bola sepak. Dia melakukannya dengan baik dan masih menyumbang untuk kami.

"Kadang-kadang apabila anda bergelut dalam kehidupan, anda terpaksa mengabaikannya, tetapi bola sepak adalah perkara yang dia boleh kawal dan dia bekerja keras setiap hari ketika latihan dan mendapat hasilnya hari ini.

"Saya harap ia akan membuatkannya lebih selesa untuk menghadapi bahagian lain dalam kehidupannya. Kita tidak boleh membiarkannya membelenggu kita dan diharap hari seperti hari ini akan membantunya," kata Postecoglou. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... si-sheffield-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.250987 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list