CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3352|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kecoh, wanita minta 'tapau' lauk sebelum kenduri bermula

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Memberi tetamu 'berkat' makanan yang dibungkus dari kenduri adalah amalan biasa masyarakat terutama kepada saudara mara selepas majlis selesai.

Bagaimanapun, tular di media sosial sejak petang semalam, seorang wanita yang tanpa segan silu meminta pihak katering membungkus makanan kepadanya.

Menariknya, wanita itu turut membawa sendiri bekas makanan dan memberikan kepada pihak katering dengan harapan dapat membawa pulang makanan.

Tidak dapat dipastikan lokasi majlis itu, namun difahamkan wanita berkenaan meminta makanan berkenaan dibungkuskan seawal jam 10.30 pagi iaitu sebelum majlis bermula.



    Buat kecoh nak bungkus lauk pengantin siap dah standby bekas wan_takaful pic.twitter.com/XKBMB7VZIV

    — (@localrkyt) September 16, 2023

Malah, wanita yang memakai baju dan seluar hitam itu berkata tuan rumah sudah membayar makanan berkenaan dan meminta supaya pihak katering membungkuskan satu atau dua lauk kepadanya.

"Dia orang (tuan rumah) kan dah bayar. Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh 'tapau' (bungkus)," mintanya.

Bagaimanapun, dua pekerja wanita berkenaan memaklumkan mereka tidak boleh berbuat demikian kerana masih awal dan jika sudah di akhir majlis tiada masalah untuk berbuat demikian.

"Tak boleh makcik kalau akhir-akhir tu bolehlah kita orang nak bungkus," katanya.

Wanita berkenaan yang membahasakan dirinya 'acik' bagaimanapun berkeras juga mahukan lauk dibungkus kepadanya.

"Acik (makcik) nak juga. Acik nak dua, tiga jenis lauk je," katanya.

Namun pekerja berkenaan menjelaskan dengan baik yang pengurus serta tuan rumah tidak memaklumkan apa-apa kepada mereka setakat ini dan mereka juga tidak boleh berbuat sesuka hati kerana bimbang jika berlaku sebarang masalah.

Perkongsian video selama 44 saat itu kini sudah mendapat tontonan 1.2 juta tontonan dengan rata-rata pengguna tidak berpuas hati tindakan wanita itu yang tidak menghormati majlis.

Video itu dikongsikan seorang individu yang memaklumkan wanita berkenaan sudah makan di situ dan mahu bungkus makanan pula.

Katanya, kenduri itu menggunakan katering manakala majlis belum bermula dan ketika itu baru jam 10.30 pagi.

"Yang minta 'tapau' dengan budak-budak katering ni sama-sama tak nak kalah. Korang rasa sampai bila nak habis 'culture' 'tapau' lauk kenduri ni?" tulisnya dalam video berkenaan.

Sementara itu, seorang pengguna berpesan sesiapa yang pergi kenduri yang menggunakan katering, jangan minta bungkus kerana selalunya makanan adalah cukup-cukup.

"Kalau rewang lain cerita. Jangan menyusahkan budak-budak yang bekerja. Pergi cari tuan rumah minta dekat dia," katanya.

Seorang lagi pengguna, mengatakan zaman sekarang ramai makcik yang suka membungkus makanan walaupun majlis belum habis.

"Ingat orang belakang sikit acik, kesian kat tetamu nanti. Orang kat rumah tu ajak je la datang makan kenduri sekali, kot ye pun risau orang kat rumah lapar," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... lum-kenduri-bermula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.051017 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list